Saturday 12 June 2010

SUDAH SUCI KAH JIWA KITA?

Bismillahirrahmanirrahim..

Apabila menginginkan darjat yang tinggi di sisi Allah,makanya, amal itu penting.Masakan, seseorang itu mampu meraih darjat yang tinggi tanpa usaha yang tinggi. Dalam masyarakat sendiri, golongan yang bersungguh- sungguh dalam pelajaran akan disanjung mulia. Itulah hasil usaha.
Disitu, Allah menunjukkan fitrahnya untuk mendapatkan sesuatu atau ganjaran daripadanya, amal itu perlu selari dengan kemahuan tersebut.

Penyucian jiwa. Setakat manakah darjat amal tersebut pada pandangan kita?
Diri yang membaca mampu menentukan.
Apa pula darjat amal tersebut di sisi Allah?
Sangat tinggi darjatnya!


Allah menyatakan tentang penyucian jiwa dalam KalamNya sebagai satu aspek amal yang diberi perhatian khusus.Penyucian jiwa yang dinyatakan Al-Quran adalah satu proses menyucikan jiwa,dan memperbaiki ke arah lebih baik.Proses ini Allah namakan dalam kitabNya sebagai at-Tazkiyah.


PRIHATIN DALAM AL-QURAN.
Sungguh, banyak tempat dalam Al-Quran disebutkan perkara ini.Bagi yang prihatin, jelas di hati mereka, amal ini penting!Hanya, beberapa rujukan  saya kongsikan disini. Selebihnya, saya cadang, rujuk semula Al-Quran.


Rujuk surah as-Syams.
                              "Demi manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya"
                              "Serta mengilhamkan kepadanya jalan yang membawanya kepada kejahatan,
                               dan yang membawanya kepada ketaqwaan "
                    " sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih-yang sedia ada bersih, bertambah-tambah bersih(dengan iman dan amal kebajikan)"
                             "Dan sesungguhya, hampalah orang yang menjadkan dirinya yang sedia ada bersih,-susut dan terbenam kebersihannya( dengan maksiat dan kekotoran)"( ayat 7-10)

Allah 'azzawajalla telah menisbahkan golongan yang berjaya menjadikan dirinya, bersih( menyucikan jiwanya), maka bagi mereka kejayaan .Golongan yang sebaliknya pula, Allah nisbahkan mereka dengan kekecewaan.Itulah akibat orang yang mengabaikan jiwanya dengan melakukan maksiat dan dosa. Pilihannya, atas kehendak kita.Asalnya, Allah telah mengilhamkan 2 jalan kepada kita.Benar, tiada pertengahan antara kedua-dua itu.
Maka, berjaya bagi yang memilih taqwa( moga kita ahlinya)!Sungguh, rugi amat bagi yang memilih kejahatan!


Dalam surah Abasa pula, Allah telah menegur Rasulullah secara kasar atas perbuatan Baginda mengutamakan dakwah Baginda kepada golongan pembesar Quraisy berbanding Abdullah ibnu Maktum, seorang yang buta, tetapi mendatangi Rasulullah dalam keadaan jiwanya berhajatkan ilmu.
Telus, di sini kita dapat lihat martabat  yang Allah berikan kepada golongan yang menyucikan jiwanya itu, sangan tinggi.Masakan tidak, Rasulullah sendiri ditegur Allah akan peristiwa tersebut sedangkan Rasulullah sendiri sedang merencanakan agar dakwahnya dapat disampaikan kepada ramai umat manusia melalui para pembesar Quraisy tersebut. Jelas amat, pada mizan Allah, penyucian jiwa itu tinggi nilainya.


DARI KACA MATA SUNNAH                                                                                                            
Amal ini, banyak pelangsungnnya dalam Sunnah Rasulullah s.a.w.Secara tidak langsung  menunjukkan peri pentingnya penyucian jiwa itu .Antara sunnah baginda adalah  doa  yang sering baginda  lafazkan:


   "Ya Allah , kurniakanlah ketaqwaan kepada jiwaku.Sucikanlah jiwa ini.Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya.Engkaulah Penjaga dan Tuannya" ( riwayat muslim dari Zain bin Arqam)


Sedang Rasulullah yang Allah janjikan dengan syurga sentiasa memohon ketaqwaan untuk jiwanya, apatah lagi kita yang amal tidak seberapa.




PERLUNYA UMAT KEPADA PENYUCIAN JIWA
Pentingnya amalan penyucian jiwa ini, telah dinyatakan didalam Al-Quran dan caranya juga telah ditunjukkan oleh Baginda s.a.w.


Sesungguhnya, perintah amal ini, Allah tujukan kepada hambaNya. Lumrah, kiranya sesuatu perancangan itu akan berjalan dengan baik jika kakitangan yang bekerja itu cekap!
Allah meletakkan perancanganNya dalam hidup kita sebagai satu bentuk ilmu yang perlu dihadam dengan baik, dan dipraktikkan dengan efektif.
Maka, titik utama bergantung pada golongan ini.Golongan yang mampu memahami peri tah Allah dan melaksanakan dalam bentik amal yang terbaik dan istiqamah.Mereka ruh yang menghidupkan umat.


Imam syahid Hassan Al-Banna menyatakan ,ubat kepada umat," Merawat jiwa dan memperbetulkan akhlaq rakyat"






Rujukan: Zilal Al-Quran,Ihya' 'ulumuddin, dakwatuna fithour Jadid.
                                                                      

No comments:

Post a Comment