Friday 30 July 2010

SAHABAT-SAHABATKU FILLAH.

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Alhamdulillah waastarfighullah 'ala kulli haal wanni'mah.


Ketika kata-kata tidak mampu saya luahkan kepada insan -insan yang saya sayang, maka, saya nukilkan semua itu di sini.Sungguh, bibir ini berat untuk menuturkan kalam pembakar hamasah untuk sahabat-sahabat seperjuangan.Maka, biarlah lontaran kata-kata itu menari di sini.Maaf,kepada sahabat seperjuangan yang saya cintai. Sungguh, saya merasa amat bersalah kepada anda sekalian. Tidak mampu mendengar kalam bicara kalian, tidak mampu juga menenangkan hati kalian,apa lagi untuk memberi semangat. Takut berbicara kerana, saya takut dihisab kalam saya pada kalian.Namun, ingin sekali saya berkongsi peringatan dari Tuhan yang memberi penentuan atas setiap usaha kita. Moga ini, mendamai hati kalian, meningkatkan mizan kita bersama.


saya ingin kongsikan, FAKTOR KUASA REDHA.


Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Al-Quran: Al-AnFaal Ayat 2

Sahabat, KEBERKATAN Allah itu adalah segalanya.
Rezeki yang mempunyai keberkatan, datangnya dari REDHA Allah.Allah memberikan rezeki kepada kita kerana kita berusaha mendapatkannya, dan ALlah tidak menzalimi Hambanya.
Tetapi, berbicara tentang REDHA pula, adalah satu perkara yang lain.
Kita mendapat rezeki, sama ada ianya diberkati atau tidak, disitulah letaknya REDHA Allah,

Redha dan Keberkatan itu pula datangnya dari IKHLAS.
keredhaan dan keberkatan Allah dalam setiap amal kita ditentukan dengan tahap keikhlasan kita kepada Allah.
Yang menerbitkan IKHLAS itu pula adalah cinta. 

Muhasabah amal kita.Kita mungkin selalu berdoa agar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan , hidup yang bahagia, rezeki yang halal dan sebagainya. 
Namun, luar sedar kita, mungkin itu yang menjauhkan kita dari Al-Khaliq. Meletakkan matlamat pencapaian hidup kita melebihi KEREDHAAN dariNya.Takut itu yang mengurangkan cinta kita pada Allah.

Jika ditanya pada diri kita, adakah kita mencintai Al-Khaliq?
Jawapannya sudah tentu" Ya".
Namun, sejauh mana amalan yang kita lakukan mempamerkan 100% cinta kita kepada Allah?

Gentarkah hati kita bila disebutkan nama Allah?
Hakikatnya, gentar lagi kita menunggu natijah imtihan diumumkan, takut sekiranya kecemerlangan tidak memihak kepada kita.
Hakikatnya juga, gentar lagi hati kita apabila nama si dia disebut-sebut , kerana dia itu, kita cinta.

Pernahkah kita merasa gentar sebegitu apabila disebut nama Al-Khaliq?
Meresapkah seluruh rasa cinta kita padaNya di hati?
Sahabat, sungguh, anda diuji kerana Allah menguji cinta anda padaNya.
Cantik kan kisah cinta anda denganNya?

Mari kita lalui ujian yang disediakanNya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat RedhaNYa.
Faktor Redha adalah Keikhlasan. Keikhlasan itu pula datangya dari cinta.
Maka , apabila wujudnya CINTA pada Al-Khaliq, kita akan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata keranaNya.

Sahabat, CINTA itu akan kukuh apabila komunikasinya efektif.
Sekiranya kita mencintai seseorang, tetapi, kita tidak pernahmenyatakan perasaan kita kepadanya.Agak-agak, dapatkah  si dia memahami isi hati kita?

Jawapannya, sudah tentu TIDAK.
Sahabat, komunikasilah dengan Al-Khaliq.
Bukan setakat doa, tetapi melalui seluruh kehidupan kita ini.
Buangkan "mind-chatting" dalam diri kita, mantapkan komunikasi denganNya.Setiap apa yang kita lakukan, ceritalah kepadaNya.
Dia Maha Mendengar. Mendengar lebih baik daripada "kekasih tanah" yang kita sayang.

Apabila kukuh cinta kepada Allah, maka lahirlah amal-amal yang ikhlas keranaNya,
Maka, tuailah Redha Allah sebagai ganjaranNya.
Andai sepasang kekasih saling mencintai, sudah tentu masing-masing akan melakukan yang terbaik untuk pasangan mereka.
Itu lumrah hubungan kekasih.Maka, begitu juga hubungan cinta kita dengan AL-Khaliq.Setiap keikhlasan dalam beramal tidak akan mendatangkan penyesalan dan kekecewaan.Setiap amal yang dilakukan disusuli dengan berserah sepenuhnya dan bertawakal.Hati juga akan redha dengan segala ketentuan yang Allah berikan.


Maka, cintailah Dia dengan sebenar-benar cinta. Kerana saya yakin, Dia amat cintakan sahabat.Maka, sahabat diuji.Andai sahabat diuji dengan imtihan ini, saya juga turut diuji dengan rasa bersalah kerana tidak mampu membantu sahabat sendiri.
namun, pengharapan saya tinggi pada Al-Khaliq, moga dia mudahkan segala urusan sahabat.

"Ya Allah, jadikan ketentuanMu kepada kami ini, sebagai satu wasilah taqarrub kepadaMu.Jangan Engkau jadikan ini sebagai istidraj kepada kami.Ya Allah, mudahkanlah urusan kami dengan RedhaMu.Mudahkanlah urusan kami dengan Redhamu. Mudahkanlah urusan kami dengan RedhaMu."

Sahabat,tembakan doa dariku sentiasa mengiringi.Ingatlah "mengapa dunia ini susah?...kerana SYURGA itu MANIS"
Ahabbakumullah!

Wednesday 21 July 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Lama 'skip' menulis.Mutafawwiq hanya menjadi tempat jenguk saya sepanjang musim peperiksaan ini.
Subhanallah, Alhamdulillah,Allahuakbar!
Semalam, ORAL yang terakhir.Alhamdulillah.Allah itu sangat pemurah.Maha Pemurah.Dalam segala lapangan.
Terasa diri hina amat apabila mengenangkan tiap sesuatu yang Allah bagi.
Alhamdulillah,nikmat yang datang itu tidak putus-putus.Moga Allah datangkannya dengan Redha-Nya sekali.
Moga segala yang diberi tidak menjadi Istidraj buat diri ini.
Moga segala yang diberi mengangkat darjat kita kepada taraf Hamba Illahi.
Bukan  makhluk perosak yang tidak sedar diri.

Inshaallah, natijah akan keluar tidak lama lagi.Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi kita ,hambaNya yang kerdil ini.Semoga segalanya mudah.Hanya dengan kuasa Allah.

                              " Ya Allah, kurniakanlah kami dengan kejayaan, dan jadikanlah kejayaaan itu suatu yang terbaik buat kami, dan jadikanlah itu dengan Redha Mu...Sungguh, usaha kami tidak seberapa, malah itu jua kuasaMU, maka, kami berharap  pada RahmatMu."