Wednesday 10 March 2010

SELAMAT HARI LAHIR YA HABIBATI..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

siapa dah baca entry sayonara jahiliyah yang terbaru?saya!!!..dan saya tegerak hati untuk membicarakan hal yang agak sinonim dengan perkara tersebut..saya ingin membicarakan tentang CINTA...sinonimkah perkara ini dengan entry beliau?Hmm...bolehla...tapi,I do really want to express my love to someone right now...because, the truth is, ..saya tak pandai nak cakap dan gambarkan perasaan cinta saya pada "dia"...haa..dan saya ingin sahabat teka, siapakah gerangan si dia yang saya cinta???..

hampir setiap kata-katanya , akan membakar hamasah saya...dialah tempat saya mengadu setelah DIA yang satu...dialah yang setia mendengar setiap kalam bicara dan celoteh saya..walaupun kata-kata saya menguris hatinya, namun sentiasa saja dia bersabar..sentiasa saja dia memaafkan walaupun saya ego untuk memohon kemaafan daripadanya...dia berjuang bermati-matian di medannya, menanggung kesakitan bertarung maut semata-mata untuk masa depan saya...masyaAllah, dalamnya cinta si dia kepada saya...dan saya tahu, tidak rugi saya mencintainya, menyayanginya kerana Allah telah berfirman

" Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu-bapa mereka..Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam usia 2 tahun,,Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang tuamu.Hanya kepada Aku kembalimu"...

masyaAllah, Allah ceritakan pasal kekasih saya dalam Al-Quran..That's what make me love her...and,semoga Allah sentiasa kekalkan rasa cinta saya pada Ma sampai syurga..semoga Allah izinkan saya berpimpin tangan dengan Ma ke syurga kelak...Aminn Ya Rabb..Haa..sekarang anda dah tahu siapa kekasih saya..dialah diantara orang yang paling saya sayang...kalau Nabi tunjukkan rasa sayang Baginda pada Halimatussa'diah, walaupun beliau hanyalah ibu susu Baginda, maka, saya pun ingin mengikut jejak langkah Baginda dengan menyayangi Ma sepenuh hati saya... saya tidak tahu mampukah sayang saya menandingi sayangnya dia pada saya?..Hmm..tapi apabila kita menyalurkan cinta kita pada tempat yang betul, kita tidak akan rasa sangsi dengan redha Allah..semoga kasih sayang saya pada Ma akan menjadi satu bukti untuk saya berhadapan dengan Allah kelak, untuk memohon redhaNYA....

...sebenarnya, hari ini adalah ulang tahun kelahiran Ma yang ke 40..Selamat Hari Lahir Ma.. semoga setiap hari-hari MA yang akan mendatang sentiasa, setiap saat bersama redha Allah..
...berada berjauhan dengan Ma kadang -kala amat menguji kekuatan iman...sentiasa saja rindu dan teringat akan Ma yang berada jauh di Malaysia...selalunya kalau dah teringat tu, susah nak tumpu pada study...selalu risau pada perkara yang bukan-bukan ..Alhamdulillah, kemudahan telekomunikasi amat membantu...selalu saja saya telefon Ma..hihi..saya harap Ma pun tak bosan mendengar suara saya..kenapa saya selalu call? sebab setiap kata-katanya adalah kata2 taujihat bagi saya..seperti kata-kata Imam HAssan Al-Banna kepada para syabaab yang sentiasa membakar hamasah..setiap kali berhubung dengan Ma , saya takkan mampu untuk sembunyikan perkara yang membutukan fikiran saya..selalu saja saya menangis setiap kali saya call Ma. .tiada niat saya untuk mengadu kesusahan saya dan merisaukan Ma, tapi naluri seorang IBU itu sangat kuat..seperti 'sensor'..selalu saja Ma dapat detect ada perkara yang tidak kena...biarlah apa orang kata, saya anak manja atau sebagainya,saya tak kisah...kalau saya rindu padanya, saya akan menangis, saya akan call,mesej dan yang utama saya panjatkan doa kepada Allah agar sentiasa meredhai Ma....apabila berada jauh, saya bimbang kiranya Allah menentukan saya tak dapat jumpa Ma lagi..namun, kata2 Ma..

" ingat, along jauh daripada Ma dan keluarga tu adalah satu jihad..Niat lillahita'ala..biar sentiasa menuju redha Allah,,,setiap perkara hanyalah kepada-Nya..kuatkan pergantungan pada Allah..Dia sentiasa bersama kita"...

kata-kata Ma ini menyebabkan saya selalu berfikir panjang..kalaulah ditakdirkan saya mati disini, moga itu satu jihad di jalan Allah.dan kalau benar itu jihad, maka saham terbesar akan menjadi milik Ma kerana kata-katanya yang membakar hamasah juang ....hmm..kalau ditanyakan siapakah disebalik perjuangan saya, saya katakan Ma..kemudian Abah..pembakar semangat juangku..kalam mereka sentiasa membawa aku menilai semula erti hidup di dunia ini untuk mendamba Redha Allah dan syafaat Rasul-Nya...Ya Allah, besar nikmat kedua ibu bapa yang Kau berikan padaku..bantu aku untuk mempamerkan rasa syukurku atas nikmatMu, Ya Rabb ( sesungguhnya Allah suka melihat bekas/kesan nikmat-Nya pada hambanya) ...semoga cinta dan kasih sayang saya pada Ma adalah semata-mata mendamba kasih dan cinta Allah..


بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..



Ya Allah, tetapkanlah hatiku, hati kedua ibubapaku ,hati saudara-saudaraku dalam jalan menuju RedhaMu..Innallahama'anaa..