Tuesday 29 June 2010

He wants to show me something!

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Mari ucap kalimah diatas bersama-sama saya. Saya seru anda.Saya seru sahabat sekalian, mari kita bertahmid kepada-Nya.

Kalimah di atas mungkin senang kita lafazkan.Namun, liat hati kita memahami kandungan kalimah agung itu. Kalimah itu, pemberat mizan.

Sungguh, hati ini rasa sesak.Sesak , lebih-lebih lagi apabila musim peperiksaan ini.Saya takut hadaf menyimpang 360 darjah!

Alhamdulillah...
di kala terasa sesak itu, ada wajah-wajah tenang berada di sisi saya.Wajah mereka, peribadi mereka, dan setiap perbuatan mereka mengundang ketenangan di hati.Subhanallah, hebat kuasa Allah menyatukan hati saya dan hati-hati mereka.Moga ikatan hati itu terus utuh.Itu, mereka yang berada di depan mata saya ini.

Belum lagi saya hitung ketenangan hati yang Allah bagi ketika telinga saya menjamah nasihat dan ucapan mahabbbah dari mereka yang jauh di mata.Sungguh, linangan air mata ini, tanda betapa berharga nikmatMu itu.Ya Allah, janganlah Engkau tarik nikmat ini dari hamba.
Sungguh,aku syukur! Maka, aku lafazkan padaMu, ALHAMDULILLAH.

ANATOMY.
Alhamdulilah.
Sekali lagi Allah bagi saya nikmat.Nikmat menjawab peperiksaan.
Moga setiap titipan jawapan itu dengan panduan Allah.Ya Allah, bantu kami.
Moga kecemerlangan itu adalah yang terbaik buat kami.
Alhamdulillah, nikmat menjawab tanpa rompong.Yang hampir ditinggalkan kosong, Allah beri lagi idea untuk 'menghentam' jawapan yang tidak tahu tahap logiknya di mana.
Di situ,  Allah tunjuk lagi kuasaNya.Saya tak akan mampu pun untuk memegang pena melorek jawapan,walaupun penuh fikiran dengan idea untuk membalas tembakan soalan yang bertubi-tubi, andai Allah tidak mengkehendaki saya untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Kita berazam untuk cemerlang, dan kita menyediakan usaha ke arah itu, maka mari kita bertawakkal.
Mari bertawakkal bersungguh-sungguh.Jauhi buruk sangka kepada Allah.Moga kejayaan menanti kita di hujung!

Friday 25 June 2010

it's begin!

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Semalam, permulaan bagi ujian bertulis dan lisan bagi peperiksaan akhir tahun ini.Alhamdulillah, Allah meletakkan, permulaan itu sebagai suatu yang baik.Moga susulannya lebih baik, dan pengakhirannya juga lebih baik.Amin.


Musim peperiksaan selalunya meletakkan diri saya dalam posisi yang serba bagai.Banyak kemusykilan yang melanda.Baik dari segi rohani dan jasmani, dua-dua mengalami kadar naik turunnya. Tidak dinafikan, saya haru! Musim peperiksan ini memang menguji minda dan jiwa saya. Malah, sering saja saya bergaduh dengan perasaan sendiri.Banyak perkara yang tergugat. Baik dari segi ukhuwwah sesama ahli bait, hak-hak saudara, dan banyak perkara lagi, seringkali terabai.Bukan orang lain, tetapi diri saya sendiri.Kadang-kadang bermasam muka lantaran emosi yang tidak stabil.Aduhai, lemah benar diri ini. Malah, perselisihan faham yang sedikit  sahaja mampu di'elaborate'kan sapanjang satu kertas kajang.


Memang musim peperiksaan cukup menguji. Sungguh, inilah fatrah  yang mana kita mampu mengukur iman kita dengan jelas.Sejauh mana hak-hak kepada mereka yang berhak yang mampu kita tunaikan? Refleksi diri.Persoalan itu, saya pulangkan pada diri sendiri. Sungguh, keampuhan iman itu masih di tahap rendah!Banyak yang saya dah abaikan tidak kira sedar mahupun tidak.


Kepada akhawat serumah, saya minta maaf atas segala keterlanjuran saya. Moga yang terasa hati, tidak disimpan.Sungguh, saya ini lemah. Inshaallah, saya mencuba menambah baik mana yang kurang itu.Mohon doa dan sokongan kalian.Uhibbukunnafillah. Moga kecemerlangan kita, hadiah buat umat!


Mari kita refleksi diri, tingkatkan amal.Moga segala amalan kita diterima di sisi Allah.
Rabbuna Yusahhil 'ala 'umurinaa.


Perjuangan kita sekarang, di mata pena.Moga redha Allah itu sentiasa mengiringi setiap lontaran jawapan di muka kertas.Dan semoga natijahnya, MUMTAZ.~ Fighting!~

Saturday 12 June 2010

SUDAH SUCI KAH JIWA KITA?

Bismillahirrahmanirrahim..

Apabila menginginkan darjat yang tinggi di sisi Allah,makanya, amal itu penting.Masakan, seseorang itu mampu meraih darjat yang tinggi tanpa usaha yang tinggi. Dalam masyarakat sendiri, golongan yang bersungguh- sungguh dalam pelajaran akan disanjung mulia. Itulah hasil usaha.
Disitu, Allah menunjukkan fitrahnya untuk mendapatkan sesuatu atau ganjaran daripadanya, amal itu perlu selari dengan kemahuan tersebut.

Penyucian jiwa. Setakat manakah darjat amal tersebut pada pandangan kita?
Diri yang membaca mampu menentukan.
Apa pula darjat amal tersebut di sisi Allah?
Sangat tinggi darjatnya!


Allah menyatakan tentang penyucian jiwa dalam KalamNya sebagai satu aspek amal yang diberi perhatian khusus.Penyucian jiwa yang dinyatakan Al-Quran adalah satu proses menyucikan jiwa,dan memperbaiki ke arah lebih baik.Proses ini Allah namakan dalam kitabNya sebagai at-Tazkiyah.


PRIHATIN DALAM AL-QURAN.
Sungguh, banyak tempat dalam Al-Quran disebutkan perkara ini.Bagi yang prihatin, jelas di hati mereka, amal ini penting!Hanya, beberapa rujukan  saya kongsikan disini. Selebihnya, saya cadang, rujuk semula Al-Quran.


Rujuk surah as-Syams.
                              "Demi manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya"
                              "Serta mengilhamkan kepadanya jalan yang membawanya kepada kejahatan,
                               dan yang membawanya kepada ketaqwaan "
                    " sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih-yang sedia ada bersih, bertambah-tambah bersih(dengan iman dan amal kebajikan)"
                             "Dan sesungguhya, hampalah orang yang menjadkan dirinya yang sedia ada bersih,-susut dan terbenam kebersihannya( dengan maksiat dan kekotoran)"( ayat 7-10)

Allah 'azzawajalla telah menisbahkan golongan yang berjaya menjadikan dirinya, bersih( menyucikan jiwanya), maka bagi mereka kejayaan .Golongan yang sebaliknya pula, Allah nisbahkan mereka dengan kekecewaan.Itulah akibat orang yang mengabaikan jiwanya dengan melakukan maksiat dan dosa. Pilihannya, atas kehendak kita.Asalnya, Allah telah mengilhamkan 2 jalan kepada kita.Benar, tiada pertengahan antara kedua-dua itu.
Maka, berjaya bagi yang memilih taqwa( moga kita ahlinya)!Sungguh, rugi amat bagi yang memilih kejahatan!


Dalam surah Abasa pula, Allah telah menegur Rasulullah secara kasar atas perbuatan Baginda mengutamakan dakwah Baginda kepada golongan pembesar Quraisy berbanding Abdullah ibnu Maktum, seorang yang buta, tetapi mendatangi Rasulullah dalam keadaan jiwanya berhajatkan ilmu.
Telus, di sini kita dapat lihat martabat  yang Allah berikan kepada golongan yang menyucikan jiwanya itu, sangan tinggi.Masakan tidak, Rasulullah sendiri ditegur Allah akan peristiwa tersebut sedangkan Rasulullah sendiri sedang merencanakan agar dakwahnya dapat disampaikan kepada ramai umat manusia melalui para pembesar Quraisy tersebut. Jelas amat, pada mizan Allah, penyucian jiwa itu tinggi nilainya.


DARI KACA MATA SUNNAH                                                                                                            
Amal ini, banyak pelangsungnnya dalam Sunnah Rasulullah s.a.w.Secara tidak langsung  menunjukkan peri pentingnya penyucian jiwa itu .Antara sunnah baginda adalah  doa  yang sering baginda  lafazkan:


   "Ya Allah , kurniakanlah ketaqwaan kepada jiwaku.Sucikanlah jiwa ini.Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya.Engkaulah Penjaga dan Tuannya" ( riwayat muslim dari Zain bin Arqam)


Sedang Rasulullah yang Allah janjikan dengan syurga sentiasa memohon ketaqwaan untuk jiwanya, apatah lagi kita yang amal tidak seberapa.




PERLUNYA UMAT KEPADA PENYUCIAN JIWA
Pentingnya amalan penyucian jiwa ini, telah dinyatakan didalam Al-Quran dan caranya juga telah ditunjukkan oleh Baginda s.a.w.


Sesungguhnya, perintah amal ini, Allah tujukan kepada hambaNya. Lumrah, kiranya sesuatu perancangan itu akan berjalan dengan baik jika kakitangan yang bekerja itu cekap!
Allah meletakkan perancanganNya dalam hidup kita sebagai satu bentuk ilmu yang perlu dihadam dengan baik, dan dipraktikkan dengan efektif.
Maka, titik utama bergantung pada golongan ini.Golongan yang mampu memahami peri tah Allah dan melaksanakan dalam bentik amal yang terbaik dan istiqamah.Mereka ruh yang menghidupkan umat.


Imam syahid Hassan Al-Banna menyatakan ,ubat kepada umat," Merawat jiwa dan memperbetulkan akhlaq rakyat"






Rujukan: Zilal Al-Quran,Ihya' 'ulumuddin, dakwatuna fithour Jadid.
                                                                      

Thursday 10 June 2010

YAKIN...DI HUJUNG NANTI, SYURGA!

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Terasa ingin berkongsi sebenarnya.Namun, lamunan  melanda diri  lantaran 
idea tak kunjung tiba.

Hai manusia, akal diberi untuk berfikir,maka berfikirlah!Hati diberi untuk mengerti, maka mengertilah! Sebenarnya  hatimu ini  gersang.Susulannya, wujudlah perasaan keliru,tidak yakin,semangat jatuh merundum. Maka amal yang tadinya lancar meniti jalan lurus, kini sedikit goyah akibat pelincirnya yang makin kehabisan.Minta diisi semula pelincirnya ya!.Agar amal itu tidak terus menerus goyah geraknya.

Sedikit perkongsian untuk menghayati kalam Tuhan hari ini.

(1)"Demi waktu dhuha
(2) dan demi waktu malam yang telah sunyi
(3)  Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membencimu
(4) dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan
(5)Dan sungguh, kelak Tuhanmu akan memberikan  karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.
Ad-Dhuha,ayat 1-5

Sungguh, dalam perjuangan itu, Allah tidak meninggalkan kita,asal kita tidak tinggalkan Allah!Itu, kata Allah pada Rasul-Nya.Kerana itu, dalam meninggikan kalimah Allah,yakinlah, kita tidak bersendiri.

Janji Allah kepada RasulNya, yang kemudian itu lebih baik dari permulaannya.Ini, tawaran bagi mereka yang beriman! Ganjaran akhirnya amat lumayan.Bagi yang memahami dengan mata hati, gerak langkahnya yakin menuju redha Illahi.Tapi, susah amat bagi yang tidak mengerti!Alasannya, tidak henti-henti.

Seruku, hentikan alasan! pasak keyakinan!.Ayuh, kita maju beramal.
Mari kita meniti satu persatu Qudwah Nabi.
Kerana hadaf utama itu Jannah. 
Maka juhud kita, bukan juhud murahan! 
Melahirkan juhud yang mahal bukanlah dari hati yang gersang!Juhud yang mahal datangnya dari hati yang yakin amat akan janji-janji Allah.Kerana yakinnya itu, lantas amalnya bergerak.Bergerak, bergerak ,dan terus bergerak ,Kerana yakinnya di hujung ada yang lebih baik menanti.Itu syurga!

Wednesday 9 June 2010

Guidelines...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Perkongsian hari ini, bukanlah hasil brainstorming idea saya.Paparan kali ini ialah guideline yang akan memudahkan kita bertindak.Mahunya kita bertindak atas isu apa? Sudah tentu, isu umat! Ya, isu Palestin!

Mereka sedang menyeru kita.Siapa?Mereka saudara kita yang berani bersuara,dan suara mereka didengari ramai lantaran perjuangan mereka.The Muslim Brotherhood. Masyarakat kita mengenalinya sebagai Ikhwan Muslimin.Organisasi yang mempunyai sejarah catatan pejuang yang saya kira antara yang terbaik.Mereka, dan perjuangan mereka, patut kita kenali, kita hayati, dan kita bertindak bersama mereka.

Ikhwan Muslimin telah melaungkan seruan mereka kepada seluruh umat Islam 
berhubung isu terkini di Palestin. Rujukan lengkapnya, sahabat boleh singgah di  isma.web dan boleh membuat rujukan yang lebih detail.Memandangkan posisi diri berada di peringkat pelajar, suka untuk saya kongsikan antara guidelines yang diaturkan oleh pihak Ikhwan Muslimin dalam memudahkan gerak kerja kita sebagai pelajar dalam menunaikan hak kepada isu umat ini.Semoga Allah memudahkan gerak  kerja kita dan memberkati amal kecil ini.



  • Diikat akidahnya dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Dididik tentang kefardhuan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Mengetahui geografi, sejarah dan politik Palestin.
  • Mengetahui kewajipannya terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
  • Meningkatkan pengetahuan tentang Zionis dan dididik untuk membenci mereka lantaran mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
  • Menjadi teladan dari aspek keprihatinan, pemboikotan dan derma.
  • Memperkenalkan isu ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga, kaum kerabat dan keluarga.
  • Mendermakan sebahagian dari belanja hariannya dan mengumpul derma daripada rakan-rakan dan kaum kerabatnya untuk Paletsin.
  • Memboikot segala barangan Yahudi atau Amerika, dan mengajak orang lain untuk memboikot.
  • Mempersiapkan kerohaniannya dengan solat fardhu berjamaah, qiamullail dan berdoa.
  • Mempersiapkan fizikalnya dengan praktis latihan fizikal.
  • Mendidiknya dengan sifat berani dan cintakan jihad.
  • Memperkenalkannya tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan.
  • Membiasakan dirinya untuk berpuasa sehari dalam seminggu.
  • Hidup dengan al-Quran dari aspek bacaan, hafalan, pemahaman dan aplikasi.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan sukan dengan nama kota atau syuhada’ di Palestin.
  • Melakukan perjalanan-perjalanan untuk meningkatkan daya tahan dirinya.
  • Menganjurkan dan terlibat dalam persidangan-persidangan khas berkenaan Palestin.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan budaya dan kajian berkenaan Palestin.
  • Menghantar mesej peribadi berkenaan Palestin, kepada salah satu majalah atau surat khabar (sekali seminggu).
  • Menyertai radio sekolah dengan berita atau lagu untuk Palestin.
  • Menghafal dan mengulangi lagu untuk Palestin.
  • Menyertai karnival dan keraian berkenaan Palestin.
  • Mengadakan lelongan produk dan barangan anak-anak untuk disalurkan ke Palestin.
  • Menyediakan tabung dan album Palestin dan mempergiatkannya.
  • Terlibat dalam pengagihan album dan tabung, untuk memperkenalkan isu Palestin dan pengumpulan derma.
  • Mengadakan buku skrap gambar dan maklumat untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu ini.
  • Memilih salah seorang saudaranya di Palestin sebagai ikon heroic, mengetahui maklumat berkenaan dirinya, membawa fotonya di dalam dompet, melekatkan foto itu pada nota, buku, dan meja.
  • Meyakini pertolongan Allah kepada agamanya mengalahkan kebatilan Zionis.

Wednesday 2 June 2010

JUST SEE?..NO.PLEASE, DO SOMETHING!

Bismillahirrahmaanirrahiim..







Moga ada kekuatan Allah berikan untuk menulis ini...
Sebagaimana kekuatan yang Allah berikan untuk para aktivis merentas lautan antarabangsa ,meninggalkan kehidupan di negara asal, rata-ratanya, saya yakin amat bahawa mereka sudah bersedia untuk tidak pulang semula..kerana kata-kata mereka"sama ada kami  sampai ke Gaza , atau kami syahid"

Sungguh, bukan omongan kosong!

Nyata, apa yang diperkatakan bukanlah omongan kosong. Baik sampai ke Gaza mahupun syahid,kedua-duanya adalah piala terbesar anugerah Allah.Malah,penyertaan mereka sahaja telah melambangkan hadaf hidup yang dicari.Bagi yang muslim, mengejar syurga ALLAH itu pasti! Bagi yang non-muslim, sudah kita maklum, misi kemanusiaan itu falsafah hidup mereka.Paling tidak, peristiwa serangan Israel keatas Flotilla Kebebasan mampu membuka mata mereka  seluas-luasnya tentang kekejaman Israel pada umat Palestin yang bertakung setelah sekian lama. Syukur kepada Allah, terbongkar segalanya.

Susulannya apa?

Mari kita intai kaca mata dunia.Turki yang pertama bangkit dengan tindakan susulan yang pelbagai.Sungguh, kerjasama  Endorgan dan rakyat pimpinannya membuka mata rakyat dunia.Sedih, Malaysia agak sejuk dengan isu ini.Hanya mampu mengutuk sekeras-kerasnya sahaja.Mungkin ada masalah dalaman yang tidak diketahui, wallahua'lam.Tetapi, perbuatan mengutuk sahaja tidak cukup, kawan.Not much effort that will be gain.

Apabila dimuliakan Allah sebagai seorang Muslim, sungguh, kita mampunyai kelebihan 
berbanding mereka yang kafir pada banyak perkara.Maka,tugas kita pun turut bertambah.Sedarkah kita bahawa sebenarnya, Allah menginginkan kebaikan pada umatnya atas setiap apa yang berlaku.Maka itu, Allah titipkan kita peristiwa ini.

It shows us something!Definitely..then, let us think about it.
Mereka yang kafir akan menganggap isu ini sebagai isu kemanusiaan semata-mata yang dijadikan pegangan hidup mereka.Namun, kita yang dianugerahkan ruh Islam menyatakan ini isu umat!
 Nyawa seorang umat Islam itu, lebih bernilai dari segala-galanya.Soroti semula seerah Nabi Muhammad s.a.w, dimana peristiwa pembebasan Bilal bin Rabah oleh Saidina Abu Bakr.Ketika itu, Umayyah meminta bayaran yang amat tinggi.Saidina Abu Bakr pula di ketawakannya kerana sanggup berhabis harta semata-mata  untuk seorang hamba!Saidina Abu Bakr membealas, kiranya Umayyah meminta lebih daripada itu pun, beliau sanggup, menyebabkan Umayyah tersentak marah.Lihat, betapa tingginya nilai jiwa seorang manusia apabila berpegang pada tali Allah!

Umat islam yang berpegang teguh pada Al-Quran dan As-sunnah akan faham betapa penting 
isu ini.Lambatnya kemenangan umat Islam itu, kerana dirinya sendiri.Refleksi diri,adakah logik kemenangan itu diturunkan kepada golongan yang bergelumang dengan maksiat?Jikalau diturunkan kemenangan sekalipun kepada mereka, maka ingatlah, itu bukan redha Allah, hanya Istidraj semata-mata. 

Apakah kemenangan itu?
Hidup mulia atau syahid!
1)Hidup mulia.
    ~hidup dalam menegakkan kalimatullah.Hidupnya, kulluha lillah.Penataan hatinya mantap, menjadikan ia sentiasa subur dengan iman.Hadafnya syurga.Binaan fard Muslim  terbaik di pasak kukuh dalam diri.Maka, Allah akan mencampakkan rasa takut kedalam hati orang kafir pabila melihat mukmin itu.Itu,apabila seorang mukmin itu marasa 'Izzah dengan  Islam.

2)Mati syahid
   ~Matinya mukmin itu dengan berjuang di jalan Allah ,asal dia membenarkan Allah dan Rasulnya.seperti seorang sahabat Nabi dimana sebelum perang, katanya "aku ingin syahid dengan begini"
sambil menunjukkan kepada sahabtnya,..akhirnya, ketika perang beliau syahid dalam keadaan sebagaiman yang diperkatakan olehnya sebelum perang! Beliau syahid dan Allah membenarkan kata-kata beliau...MasyaAllah.



Maka bagaimana caranya?


pesan Rasulullah sebelum kewafatan baginda:"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kiranya kamu berpegang padanya, maka  tidak akan sesat buat selamanya:itulah Al-Quran dan As-Sunnah..

Ayuh, kawan semua, kita kembali pada Al-Quran dan As-Sunnah.Kita baja hati, iman dan
peribadi dengan bajaan tarbiyyah terbaik mengikut cara Rasulullah s.a.w. Cara sudah ditunjukkan melalui seerah nabawiyyah.Tugas kita,belajar,memahami,mengambil sebanyak mungkin ibrah daripada setiap perlakuan Rasulullah dan para sahabat.

Contoh terbaik, Palestin.Tanyalah kepada siapapun, jawapannya tentu Palestin.Bertuah penduduk Bumi Palestin. Mereka mengabil pengajaran dari peristiwa-peristiwa lama yang melanda mereka.Benar, mereka dahulu bukan seperti sekarang. sebelum kejatuhan mereka, banyak kemungkaran dan maksiat yang menular.Itu, punca kejatuhan. Namun, kini kebangkitan mereka seiring luar dalam. Tarbiyyah yang terbaik membentuk umat yang memahami Islam dari luar dalam.
Malah,yang cantiknya apabila bukan hanya golongan dewasa sahaja yang memahami,
anak-anak kecil telah ditarbiyyah sebaik mungkin, justeru melahirkan anak-anak yang mamahami, menghafaz dan mengamalkan Al-Quran.Maka, penting amat tarbiyyah dari usia muda.Mari kita ambil ibrah dari peristiwa Rahib dan ghulam. Sedarkah kita, sebenarnya, inilah yang ditakuti oleh Yahudi laknatullah.Bayangkan, perancangan mereka yang sebegitu lama untuk menghancurkan Islam akan ranap dengan bangunnya umat yang benar berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah.Itulah Mukjizat Al-Quran.Maka di situ jugalah, tugas kita!

Maka, bangkitlah umatku..

Ayuh, kita bangkit! Lakukan perubahan dengan segera dan istiqamah.Mari
kita bangunkan ummah yang terbaik. Untuk itu perlu melalui marhallah tarbiyyah dengan itqan. Sememangnya akan mengambil masa yang lama.Tetapi, jangan kita lambatkan dengan dosa dan maksiat kita.Dosa dan maksiat kita itu cuma akan melambatkan hak Islam untuk cemerlang.Sungguh, pesanan ini utamanya untuk yang sedang menulis ini.Moga sampai juga kepada yang membaca.

Mari kita berjuang ikut kudrat masing-masing membantu saudara di Palestin.Sungguh, sebenarnya peristiwa serangan Flotilla Kebebasan bukanlah terlalu dahsyat jika dibandingkan perjuangan saudara kita di Palestin yang mempertahankan tanah umat Islam itu!Moga cinta kita di sana.Maka, mudah kita membajai amal dengan keikhlasan.Sememangnya, itu hak tanah Palestin pada kita.Membaik, dan menggandakan amal,  moga Allah redha.