Sunday 5 September 2010

Rindu sangat-sangat!!!

Bismillahirrahmaanirrahiimm..

Sebulan lebih mutafawwiq ditingggalkan saya. Rindu untuk melontar bicara apabila terbaca perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain.makanya, peluang kemudahan internet yang ada hari ini bakal terisi dengan sedikit coretan inshaallah.

Madrasah Ramadhan dah semakin hampir meninggalkan. Yang dikatakan sebagai hari kemenangan semakin hampir.Namun bentak hati mengatakan saya seperti tidak layak untuk menyambut kemenangan, itu lantaran amal di madrasah Ramadhan ini terasa sangat minimum.

Keberadaan di Malaysia ini, menjana kerinduan kepada biah di Mesir. Rindu untuk berterawih di sana menebal. walaupun saya cuma sempat barterawih dua malam sahaja di sana. Itupun di surau berdekatan dengan rumah. Ingin sekali merasa  beriktikaf sepuluh malam terakhir di Masjid Salam , Hayyu asyier, sekaligus berkumpul dengan akhawat semua.Sungguh, Ramadhan di Mesir lebih meriah.

Rindu juga pada malam terakhir saya berterawih di Masjidl Haram. Masih terngiang suara Imam Rahman Sudais dan Sheikh Said Ghamidi.Bacaan yang penuh penjiwaan . Merebahkan segala keegoan di hati, menyaksikan tunduknya hamba dalam kehinaan kepada Rabbnya Yang Satu.
Rindu menebal menatap Kaabah   tatkala menanti masuknya waktu solat fardhu.

Madrasah Ramadhan membawa seribu erti.Penuh pengajaran yang Allah pertontonkan kepada kita.Cuma hati yang degil tidak mahu memahami setiap apa yang Allah santapkan kepada kita.Bulan ini menguji kebenaran ketaatan kita pada Allah.Adakah paksinya adat, ataupun hubungan yang tulus antara seorang hamba dan penciptanya yang Agung.

Hampir seminggu lalu, saya mendapat khabar tentang kemalangan seorang kenalan satu sekolah dahulu. Mengenangkan keadaannya ketika itu, dan dibandingkan  dengan keadaan saya ketika ini, kecut hati mengenangkan hebat Kuasa Allah dalam setiap urusan.Mungkin sekarang sihat, tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata nyawa melayang. Betapa besar kuasaNya  sehinggakan setiap perancangan kita akan mendapat persetujuanNya untuk berjalan lancar.
Subhanallah.
Semoga Allah merahmati kita dalam setiap urusan  dan perancangan kita.

" Kita mesti sentiasa kembali kepada Allah dan RasulNya"
pesanan dari seorang ukhti.
saya rindu ukhti.
Rindu saya kerana rindunya dia pada KhaliqNya.
Moga saya juga begitu.
Moga cinta saya pada JannahNya tak akan goyah.
Amin Ya Rabb.