Monday 24 May 2010

apa bezanya?



Bismillahirrahmaanirrahiim...

Lusa, kami tahun 2 Ainshams akan menduduki peperiksaan praktikal ANATOMY....mohon doa akhawat semua...moga ALLAH mempermudahkan urusan kita bersama.....

Mohon agar tiada pandangan pelik, walaupun dah nak exam lusa, tapi masih depan laptop???..Hmm, sekadar ingin berkongsi satu tazkirah dari Ukhti bent4mrun...memang giliran beliau menyampaikan tazkirah sentiasa ditunggu-tunggu....

" pernah baca tak pasal 100% atau 99%?...
"?????"...(apa tu? percentage?math modern????...tak pernah la kot!!!)

Ha, apa agaknya beza 100% dengan 99%?
- ala..apa beza sangat? 1% ja pun....
- 100% banyak sikit,,,99% tu kurang sikit...
- 100% tu ada 3 nombor...99% tu ada dua nombor...
- hmmm...ntah la..tak ada beza sangat kot...

THINK!THINK!THINK!....do think about it akhawat...
Mari kita cuba menisbahkan perkara tersebut dengan perkara realiti...Honestly, both are not equal!!


1) sekiranya, pemenang tempat pertama lari pecut sukan Olimpik berjaya mencatat masa terpantas...dan pemenang tempat kedua mempunyai perbezaan masa dengan pemenang pertama, hanya 0.01 second....can we just put both of them in the same place as the champion???..NO...of course not...seorang akan berada ditempat pertama dan seorang lagi berada di bawah...sekiranya kita berada di tempat pemenang kedua, apa yang kita fikir???mungkin.."ala, ruginya, beza sikit aja...tapi dia dapat emas, aku, perak ja.."


2) mungkin situasi atas lebih baikberbanding situasi tersebut...
pelari ketiga yang sampai di garisan penamat berbeza 0.01 saat sahaja dengan pelari keempat....tetapi, alangkah beruntungnya, pelari ketiga berbanding pelari tempat keempat kerana dia masih mampu menyumbangkan pingat gangsa kepada negaranya..how about the fourth one???...mungkin menggigit jari menahan sedih....:(


3) hah, itu, situasi sukan..mari kita rentas dunia pelajar yang dihantui mimpi ngeri peperiksaan dan impian to score fullmarks....( ini saya akui, situasi ini, saya telah alaminya sendiri..however, we need to improve ourselves:)) GAMBATE!)....baiklah,, markah untuk mencapai gred MUMTAZ untuk ANATOMY adalah 215/250..(not real)....katakanlah si A mendapat 215/250, maknaya= MUMTAZ...tetapi si B mendapat 214/250, maknanya beliau =JAYYID JIDDAN...

sekiranya, untuk mendapat MUMTAZ keseluruhan, memerlukan anda MUMTAZ salah satu antara Anatomy atau PHYSIOLOGY, dan MUMTAZ dalam dua subjek berikut,Biochemistry dan Histology..

situasinya, A dan B mendapat mumtaz bagi subjek-subjek berikut dengan markah yang sama( hehe, maaf sekiranya ini tidak rasional..sekadar gambaran):
1) Histology
2)Biochemistry
dan mereka berdua telah mendapat JAYYIDJIDDAN bagi subjek PHYSIOLOGY
apa yang membezakan mereka sekarang ini ialah Anatomy yang mana perbezaan markah mereka berdua cuma satu markah...

apabila natijah Imtihan dikeluarkan,si A berada dikalangan pelajar Mumtaz dalam senarai nama pertama..manakala si B, merasa inferior, kerana perbezaan satu markah itu meletakkan dia di senarai nama kedua... macam mana?

Nampak kan bezanya? ..sekadar berkongsi dengan kalian perkara yang membina di musim peperiksaan ni..

Contoh-contoh diatas bukanlah datanganya dari tazkirah cik bent4mrun secara tepat, saja saya yang tolak tambah ...(.so, cik bent4mrun ...laataghdhob..asyan nisiituhaa)

Hmm..harapan pada diri sendiri cukup tinggi, moga- moga ALLAH memberikan kekuatan untuk mengeluarkan juhud untuk mencapai 100%...untuk mencapai MUMTAZ..kerana,Islam sememangnya,dan pasti CEMERLANG...macam mana?..lihatlah pada umatnya..inshaALLAH, jika tidak sekarang, yakinlah janji ALLAH yang pasti...INSHAALLAH..ISLAM akan menang..Islam pasti cemerlang...itu hak agama pada kita untuk kita tunaikan sebagai seorang umat...
Maaf, perumpamaan di atas itu, sememangnya daripada neraca dunia..sesungguhnya, NERACA ALLAH ITU LEBIH TINGGI...moga setiap usaha yang ingih dikeluarkan, adalah untuk hadaf kita yang satu= JANNAH ALLAH...Moga ALLAH redha....


p/s: untuk my beloved akhawat AIN JALUT. ..exam hari ni kan?,,do the best..RABBUNA YUSAHHIL..BITTAUFIQ WANNAJAH>> semoga redha ALLAH sentiasa bersama kalian...UHIBBUKUNNA FILLAH..::))

2 comments:

  1. rabbuna yusahhil..rabbuna maakum..do the best and let Him do the rest..ukhti2 ku syg, saling mendoakan ya!!! kami juga sudah jmbpir dgn final exam written..anat 6.6.10...:)

    ReplyDelete
  2. hm jgn sedih eh mkcik kahwin..t boleh mutafawwiq menyusul plk..ngeheee~~

    ReplyDelete