Saturday 20 February 2010

shita' 2010

Salam..

sepanjang tempoh yang bermula dari my last entry sehingga sekarang, sebanarnya banyak perkara yang berlaku dan hampir setiap satunya memberikan impak-impak yang tersendiri kepada diri saya... dan sebenarnya, saya kira ada bagusnya jika saya dapat berkongsi dengan kawan -kawan..listnya..(not all)

1)pada tanggal 15/2/2010....telah berlangsungnya pernikahan dua pasangan mempelai di Masjid Salam, Hayyu 'Asyier...salah seorang daripadanya adalah ahli beit saya...yang merupakan seorang ukhti yang kehadirannya sebagai sahabat dalam hidup adalah antara penyumbang terbesar untuk saya mengenal erti tarbiyyah..

BARAKALLAHHULAKUMA WABARAKA 'ALAIKUMA WAJAMA'A BAINAKUMA FI KHOIR..

hmm..memang tak dinafikan ada rasa sedih disebalik kegembiraan dengan perkahwinan tersebut..yelah...banyak ilmu dan pengalaman serta tarbiyyah yang kami, ahli beit Ain Jalut belajar dari Kak Rai.. walaupun dah hilang seorang ahli beit Ain Jalut, insyaAllah, perjuangan tetap kena teruskan..mungkin saya tak sedar yang sebenarnya, kitaorang mungkin dah mampu nak mentarbiyyah diri sendiri walaupun tak ada bimbingan mubasyarah dari Kak Rai..InsyaAllah...caiyok2..Ain Jalut BOLEH...(hhmmm, kakaktua kan ade!!!)

( hehe, Kak Rai, sebenarnya kite rindu nak cakap2 and borak2 lagi ngan Kak Rai....jazakillah,sebab sudi tinggal ngan kami yang agak kurang matured ni...walaupun sekejap je..banyak sangat yang kite belajar dari Kak Rai..doakan kitaorang terus tsabat ....)

2) 18 ngan 19/2/2010...I had joined the Seminar Perubatan kali ke 3 yang diadakan di Cairo University ...frankly, Cairo university lagi besar dan agak cantik berbanding Ain Shams university..pernah saya dengar orang cakap, Ain Shams dulu macam Rumah Hantu...waaa...tak dapat nak bayang..
memang kalau tengok mabna' adim, memang tak macam rupa university..memang jauh nak dibandingkan dengan Malaysia...padanlah kalau orang Arab selalu bertanya pada saya bila saya kata belajar kat Mesir bagus, mereka macam tak dapat terima alasan tersebut..walaubagaimanapun...Wallahi, bersyukur sangat dapat datang belajar kat Mesir ni..semoga 6 tahun setengah ni , saya dapat manfaatkan dengan sebaik mungkin..Aminn, Yaa Rabb..

Berbalik kepada seminar tersebut, mamang banyak manfaat yang diperoleh..Alhamdulillah, berbaloi 2 hari yang dihabiskan di sana..
" SAHSIAH MAHASISWA PERUBATAN MUSLIM KE ARAH PROFESIONALISME"

Inilah isu utama yang dibangkitkan untuk seminar pada kali ini..berikutan isu yang dibangkitkan , sebanyak 5 kertas kerja yang telah dibentangkan pada kali ini:
1) Sahsiah Mahasiswa Perubatan Muslim
2) Kearah Mahasiswa Perubatan Muslim Seimbang ;Antara tidak Peduli dan Ekstremisme
3) Preparing the Muslim Doctors Frontlines;Volunteerisme
4)Medicine and Life, Career and Social Guidance
5)Mahasiswa Perubatan Mesir , Identiti, Isu dan Cabaran ke Arah Profesionalisme

Antara sedar atau tidak, sebenarnya, hukum bagi pelajar perubatan yang muslim adalah wajib untuk menguasai atau fakih dalam bidang perubatan ini..
Untungnya hidup yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita as medical students.. why???kerana ianya merupakan satu peluang yang diberikan untuk kita supaya dapat menambahkan amalan kita..kepercayaan yang diberikan oleh para pesakit kepada seorang doktor merupakan satu nikmat Allah yang amat besar...hanya dengan kepercayaan , seorang doktor mampu membuat pesakitnya patuh padanya,..alangkah bagusnya sekiranya kepercayaan itu juga turut dimanfaatkan untuk menarik lebih ramai orang untuk kembali ke jalan Allah...tidak semua orang mampu melakukan perkara sebegini....hanya hamba yang rapat hubungannya dengan Allah, yang hadafnya dalam hidup itu jelas untuk beramal kerana Allah..yang mempunyai kefahaman dan fikrah yang jelas mampu untuk melakukan perkara tersebut..Allah tidak mengurniakan nikmat ini untuk orang kafir...yang turut menjawat jawatan yang sama sebagai doktor, dan membuat kebajikan ,namun,segalanya sia-sia kerana sesungguhnya amalan orang kafir itu tidak diterima Allah.. Subhanallah..besarnya nikmat hidup sebagai doktor muslim..

3) pada tanggal 19/2/2010....HARWANIS....anjuran wanita Isma Mesir dengan kerjasama dari pihak perwakilan...hmm..photos, tak sempat saya uploadkan untuk tatapan sahabat...Insyaallah, lain kali kalau sempat, I'll show them.. mungkin tak banyak yang saya dapat ceritakan namun , kerja disebalik tabir lebih memberi kesan kepada saya..

Ni'ma ajrul'amiliin..

tahniah kepada semua akhawat yang terlibat...sikap akhawat yang bertolak ansur dan itqan dalam pekerjaan memang mengundang rasa ta'jub....semoga segala amalan diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran...




No comments:

Post a Comment