Thursday 17 May 2012

SYAHADAH

Bismillahirrahmaanirrahiim.

persoalan: Bagaimana para sahabat dahulu mampu terus tsabat di atas jalan dakwah , walaupun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w?

Difikir-fikirkan kembali,adalah kita mampu tsabat, kukuh langkah, memacu amal di atas jalan dakwah ini, kiranya orang -orang yang menjadi inspirasi kita dalam beramal, ditarik nyawanya, menghadap Illahi.Kemudian, kita pula makin dihujam setelah makin lama kita bergerak. langkah pula semakin layu, makin memundur. Sedang sahabat dulu aktif memacu amal, membenih iman, membuahkan rijal-rijal dakwah, walaupun setelah kewafatan Rasulullah.





Hanya berbekal kefahaman yang sohih tentang apa yang dilafazkan sebagai syahadah, mereka membentuk seluruh hati, pemikiran, amal dan nyawa, demi memastikan yang tertegak hanya kalimah Allah.Memahami aqidah ini dalam bentuk yang cukup mudah.Maka, untuk mereka menebarkan syariat itu,mereka tidak menunggu lama,tidak menangguh amal dengan berharap akan melakar amal tersebut setelah ilmu penuh di dada.Sebaliknya, dengan pemahaman yang mudah, mereka melakar sirah, menakluk dunia dengan matlamat mereka, ALLAH.

Di zaman, Rasulullah, mereka amat memahami bahawa urusan aqidah ini adalah amat dibenci pemimpin, kerana yang hanya berkuasa, hanya Allah.Apabila tiada Tuhan Melainkan Allah, maka, yang lain yang mendabik dada tinggi megah, sekelip mata jatuh tersungkur hina dina.

Begitu, nilai syahadah para sahabat.

bagaimana nilai syahadah kita?

No comments:

Post a Comment