Sunday, 5 September 2010

Rindu sangat-sangat!!!

Bismillahirrahmaanirrahiimm..

Sebulan lebih mutafawwiq ditingggalkan saya. Rindu untuk melontar bicara apabila terbaca perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain.makanya, peluang kemudahan internet yang ada hari ini bakal terisi dengan sedikit coretan inshaallah.

Madrasah Ramadhan dah semakin hampir meninggalkan. Yang dikatakan sebagai hari kemenangan semakin hampir.Namun bentak hati mengatakan saya seperti tidak layak untuk menyambut kemenangan, itu lantaran amal di madrasah Ramadhan ini terasa sangat minimum.

Keberadaan di Malaysia ini, menjana kerinduan kepada biah di Mesir. Rindu untuk berterawih di sana menebal. walaupun saya cuma sempat barterawih dua malam sahaja di sana. Itupun di surau berdekatan dengan rumah. Ingin sekali merasa  beriktikaf sepuluh malam terakhir di Masjid Salam , Hayyu asyier, sekaligus berkumpul dengan akhawat semua.Sungguh, Ramadhan di Mesir lebih meriah.

Rindu juga pada malam terakhir saya berterawih di Masjidl Haram. Masih terngiang suara Imam Rahman Sudais dan Sheikh Said Ghamidi.Bacaan yang penuh penjiwaan . Merebahkan segala keegoan di hati, menyaksikan tunduknya hamba dalam kehinaan kepada Rabbnya Yang Satu.
Rindu menebal menatap Kaabah   tatkala menanti masuknya waktu solat fardhu.

Madrasah Ramadhan membawa seribu erti.Penuh pengajaran yang Allah pertontonkan kepada kita.Cuma hati yang degil tidak mahu memahami setiap apa yang Allah santapkan kepada kita.Bulan ini menguji kebenaran ketaatan kita pada Allah.Adakah paksinya adat, ataupun hubungan yang tulus antara seorang hamba dan penciptanya yang Agung.

Hampir seminggu lalu, saya mendapat khabar tentang kemalangan seorang kenalan satu sekolah dahulu. Mengenangkan keadaannya ketika itu, dan dibandingkan  dengan keadaan saya ketika ini, kecut hati mengenangkan hebat Kuasa Allah dalam setiap urusan.Mungkin sekarang sihat, tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata nyawa melayang. Betapa besar kuasaNya  sehinggakan setiap perancangan kita akan mendapat persetujuanNya untuk berjalan lancar.
Subhanallah.
Semoga Allah merahmati kita dalam setiap urusan  dan perancangan kita.

" Kita mesti sentiasa kembali kepada Allah dan RasulNya"
pesanan dari seorang ukhti.
saya rindu ukhti.
Rindu saya kerana rindunya dia pada KhaliqNya.
Moga saya juga begitu.
Moga cinta saya pada JannahNya tak akan goyah.
Amin Ya Rabb.

Friday, 30 July 2010

SAHABAT-SAHABATKU FILLAH.

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Alhamdulillah waastarfighullah 'ala kulli haal wanni'mah.


Ketika kata-kata tidak mampu saya luahkan kepada insan -insan yang saya sayang, maka, saya nukilkan semua itu di sini.Sungguh, bibir ini berat untuk menuturkan kalam pembakar hamasah untuk sahabat-sahabat seperjuangan.Maka, biarlah lontaran kata-kata itu menari di sini.Maaf,kepada sahabat seperjuangan yang saya cintai. Sungguh, saya merasa amat bersalah kepada anda sekalian. Tidak mampu mendengar kalam bicara kalian, tidak mampu juga menenangkan hati kalian,apa lagi untuk memberi semangat. Takut berbicara kerana, saya takut dihisab kalam saya pada kalian.Namun, ingin sekali saya berkongsi peringatan dari Tuhan yang memberi penentuan atas setiap usaha kita. Moga ini, mendamai hati kalian, meningkatkan mizan kita bersama.


saya ingin kongsikan, FAKTOR KUASA REDHA.


Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Al-Quran: Al-AnFaal Ayat 2

Sahabat, KEBERKATAN Allah itu adalah segalanya.
Rezeki yang mempunyai keberkatan, datangnya dari REDHA Allah.Allah memberikan rezeki kepada kita kerana kita berusaha mendapatkannya, dan ALlah tidak menzalimi Hambanya.
Tetapi, berbicara tentang REDHA pula, adalah satu perkara yang lain.
Kita mendapat rezeki, sama ada ianya diberkati atau tidak, disitulah letaknya REDHA Allah,

Redha dan Keberkatan itu pula datangnya dari IKHLAS.
keredhaan dan keberkatan Allah dalam setiap amal kita ditentukan dengan tahap keikhlasan kita kepada Allah.
Yang menerbitkan IKHLAS itu pula adalah cinta. 

Muhasabah amal kita.Kita mungkin selalu berdoa agar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan , hidup yang bahagia, rezeki yang halal dan sebagainya. 
Namun, luar sedar kita, mungkin itu yang menjauhkan kita dari Al-Khaliq. Meletakkan matlamat pencapaian hidup kita melebihi KEREDHAAN dariNya.Takut itu yang mengurangkan cinta kita pada Allah.

Jika ditanya pada diri kita, adakah kita mencintai Al-Khaliq?
Jawapannya sudah tentu" Ya".
Namun, sejauh mana amalan yang kita lakukan mempamerkan 100% cinta kita kepada Allah?

Gentarkah hati kita bila disebutkan nama Allah?
Hakikatnya, gentar lagi kita menunggu natijah imtihan diumumkan, takut sekiranya kecemerlangan tidak memihak kepada kita.
Hakikatnya juga, gentar lagi hati kita apabila nama si dia disebut-sebut , kerana dia itu, kita cinta.

Pernahkah kita merasa gentar sebegitu apabila disebut nama Al-Khaliq?
Meresapkah seluruh rasa cinta kita padaNya di hati?
Sahabat, sungguh, anda diuji kerana Allah menguji cinta anda padaNya.
Cantik kan kisah cinta anda denganNya?

Mari kita lalui ujian yang disediakanNya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat RedhaNYa.
Faktor Redha adalah Keikhlasan. Keikhlasan itu pula datangya dari cinta.
Maka , apabila wujudnya CINTA pada Al-Khaliq, kita akan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata keranaNya.

Sahabat, CINTA itu akan kukuh apabila komunikasinya efektif.
Sekiranya kita mencintai seseorang, tetapi, kita tidak pernahmenyatakan perasaan kita kepadanya.Agak-agak, dapatkah  si dia memahami isi hati kita?

Jawapannya, sudah tentu TIDAK.
Sahabat, komunikasilah dengan Al-Khaliq.
Bukan setakat doa, tetapi melalui seluruh kehidupan kita ini.
Buangkan "mind-chatting" dalam diri kita, mantapkan komunikasi denganNya.Setiap apa yang kita lakukan, ceritalah kepadaNya.
Dia Maha Mendengar. Mendengar lebih baik daripada "kekasih tanah" yang kita sayang.

Apabila kukuh cinta kepada Allah, maka lahirlah amal-amal yang ikhlas keranaNya,
Maka, tuailah Redha Allah sebagai ganjaranNya.
Andai sepasang kekasih saling mencintai, sudah tentu masing-masing akan melakukan yang terbaik untuk pasangan mereka.
Itu lumrah hubungan kekasih.Maka, begitu juga hubungan cinta kita dengan AL-Khaliq.Setiap keikhlasan dalam beramal tidak akan mendatangkan penyesalan dan kekecewaan.Setiap amal yang dilakukan disusuli dengan berserah sepenuhnya dan bertawakal.Hati juga akan redha dengan segala ketentuan yang Allah berikan.


Maka, cintailah Dia dengan sebenar-benar cinta. Kerana saya yakin, Dia amat cintakan sahabat.Maka, sahabat diuji.Andai sahabat diuji dengan imtihan ini, saya juga turut diuji dengan rasa bersalah kerana tidak mampu membantu sahabat sendiri.
namun, pengharapan saya tinggi pada Al-Khaliq, moga dia mudahkan segala urusan sahabat.

"Ya Allah, jadikan ketentuanMu kepada kami ini, sebagai satu wasilah taqarrub kepadaMu.Jangan Engkau jadikan ini sebagai istidraj kepada kami.Ya Allah, mudahkanlah urusan kami dengan RedhaMu.Mudahkanlah urusan kami dengan Redhamu. Mudahkanlah urusan kami dengan RedhaMu."

Sahabat,tembakan doa dariku sentiasa mengiringi.Ingatlah "mengapa dunia ini susah?...kerana SYURGA itu MANIS"
Ahabbakumullah!

Wednesday, 21 July 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Lama 'skip' menulis.Mutafawwiq hanya menjadi tempat jenguk saya sepanjang musim peperiksaan ini.
Subhanallah, Alhamdulillah,Allahuakbar!
Semalam, ORAL yang terakhir.Alhamdulillah.Allah itu sangat pemurah.Maha Pemurah.Dalam segala lapangan.
Terasa diri hina amat apabila mengenangkan tiap sesuatu yang Allah bagi.
Alhamdulillah,nikmat yang datang itu tidak putus-putus.Moga Allah datangkannya dengan Redha-Nya sekali.
Moga segala yang diberi tidak menjadi Istidraj buat diri ini.
Moga segala yang diberi mengangkat darjat kita kepada taraf Hamba Illahi.
Bukan  makhluk perosak yang tidak sedar diri.

Inshaallah, natijah akan keluar tidak lama lagi.Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi kita ,hambaNya yang kerdil ini.Semoga segalanya mudah.Hanya dengan kuasa Allah.

                              " Ya Allah, kurniakanlah kami dengan kejayaan, dan jadikanlah kejayaaan itu suatu yang terbaik buat kami, dan jadikanlah itu dengan Redha Mu...Sungguh, usaha kami tidak seberapa, malah itu jua kuasaMU, maka, kami berharap  pada RahmatMu."  

Tuesday, 29 June 2010

He wants to show me something!

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Mari ucap kalimah diatas bersama-sama saya. Saya seru anda.Saya seru sahabat sekalian, mari kita bertahmid kepada-Nya.

Kalimah di atas mungkin senang kita lafazkan.Namun, liat hati kita memahami kandungan kalimah agung itu. Kalimah itu, pemberat mizan.

Sungguh, hati ini rasa sesak.Sesak , lebih-lebih lagi apabila musim peperiksaan ini.Saya takut hadaf menyimpang 360 darjah!

Alhamdulillah...
di kala terasa sesak itu, ada wajah-wajah tenang berada di sisi saya.Wajah mereka, peribadi mereka, dan setiap perbuatan mereka mengundang ketenangan di hati.Subhanallah, hebat kuasa Allah menyatukan hati saya dan hati-hati mereka.Moga ikatan hati itu terus utuh.Itu, mereka yang berada di depan mata saya ini.

Belum lagi saya hitung ketenangan hati yang Allah bagi ketika telinga saya menjamah nasihat dan ucapan mahabbbah dari mereka yang jauh di mata.Sungguh, linangan air mata ini, tanda betapa berharga nikmatMu itu.Ya Allah, janganlah Engkau tarik nikmat ini dari hamba.
Sungguh,aku syukur! Maka, aku lafazkan padaMu, ALHAMDULILLAH.

ANATOMY.
Alhamdulilah.
Sekali lagi Allah bagi saya nikmat.Nikmat menjawab peperiksaan.
Moga setiap titipan jawapan itu dengan panduan Allah.Ya Allah, bantu kami.
Moga kecemerlangan itu adalah yang terbaik buat kami.
Alhamdulillah, nikmat menjawab tanpa rompong.Yang hampir ditinggalkan kosong, Allah beri lagi idea untuk 'menghentam' jawapan yang tidak tahu tahap logiknya di mana.
Di situ,  Allah tunjuk lagi kuasaNya.Saya tak akan mampu pun untuk memegang pena melorek jawapan,walaupun penuh fikiran dengan idea untuk membalas tembakan soalan yang bertubi-tubi, andai Allah tidak mengkehendaki saya untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Kita berazam untuk cemerlang, dan kita menyediakan usaha ke arah itu, maka mari kita bertawakkal.
Mari bertawakkal bersungguh-sungguh.Jauhi buruk sangka kepada Allah.Moga kejayaan menanti kita di hujung!

Friday, 25 June 2010

it's begin!

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Semalam, permulaan bagi ujian bertulis dan lisan bagi peperiksaan akhir tahun ini.Alhamdulillah, Allah meletakkan, permulaan itu sebagai suatu yang baik.Moga susulannya lebih baik, dan pengakhirannya juga lebih baik.Amin.


Musim peperiksaan selalunya meletakkan diri saya dalam posisi yang serba bagai.Banyak kemusykilan yang melanda.Baik dari segi rohani dan jasmani, dua-dua mengalami kadar naik turunnya. Tidak dinafikan, saya haru! Musim peperiksan ini memang menguji minda dan jiwa saya. Malah, sering saja saya bergaduh dengan perasaan sendiri.Banyak perkara yang tergugat. Baik dari segi ukhuwwah sesama ahli bait, hak-hak saudara, dan banyak perkara lagi, seringkali terabai.Bukan orang lain, tetapi diri saya sendiri.Kadang-kadang bermasam muka lantaran emosi yang tidak stabil.Aduhai, lemah benar diri ini. Malah, perselisihan faham yang sedikit  sahaja mampu di'elaborate'kan sapanjang satu kertas kajang.


Memang musim peperiksaan cukup menguji. Sungguh, inilah fatrah  yang mana kita mampu mengukur iman kita dengan jelas.Sejauh mana hak-hak kepada mereka yang berhak yang mampu kita tunaikan? Refleksi diri.Persoalan itu, saya pulangkan pada diri sendiri. Sungguh, keampuhan iman itu masih di tahap rendah!Banyak yang saya dah abaikan tidak kira sedar mahupun tidak.


Kepada akhawat serumah, saya minta maaf atas segala keterlanjuran saya. Moga yang terasa hati, tidak disimpan.Sungguh, saya ini lemah. Inshaallah, saya mencuba menambah baik mana yang kurang itu.Mohon doa dan sokongan kalian.Uhibbukunnafillah. Moga kecemerlangan kita, hadiah buat umat!


Mari kita refleksi diri, tingkatkan amal.Moga segala amalan kita diterima di sisi Allah.
Rabbuna Yusahhil 'ala 'umurinaa.


Perjuangan kita sekarang, di mata pena.Moga redha Allah itu sentiasa mengiringi setiap lontaran jawapan di muka kertas.Dan semoga natijahnya, MUMTAZ.~ Fighting!~

Saturday, 12 June 2010

SUDAH SUCI KAH JIWA KITA?

Bismillahirrahmanirrahim..

Apabila menginginkan darjat yang tinggi di sisi Allah,makanya, amal itu penting.Masakan, seseorang itu mampu meraih darjat yang tinggi tanpa usaha yang tinggi. Dalam masyarakat sendiri, golongan yang bersungguh- sungguh dalam pelajaran akan disanjung mulia. Itulah hasil usaha.
Disitu, Allah menunjukkan fitrahnya untuk mendapatkan sesuatu atau ganjaran daripadanya, amal itu perlu selari dengan kemahuan tersebut.

Penyucian jiwa. Setakat manakah darjat amal tersebut pada pandangan kita?
Diri yang membaca mampu menentukan.
Apa pula darjat amal tersebut di sisi Allah?
Sangat tinggi darjatnya!


Allah menyatakan tentang penyucian jiwa dalam KalamNya sebagai satu aspek amal yang diberi perhatian khusus.Penyucian jiwa yang dinyatakan Al-Quran adalah satu proses menyucikan jiwa,dan memperbaiki ke arah lebih baik.Proses ini Allah namakan dalam kitabNya sebagai at-Tazkiyah.


PRIHATIN DALAM AL-QURAN.
Sungguh, banyak tempat dalam Al-Quran disebutkan perkara ini.Bagi yang prihatin, jelas di hati mereka, amal ini penting!Hanya, beberapa rujukan  saya kongsikan disini. Selebihnya, saya cadang, rujuk semula Al-Quran.


Rujuk surah as-Syams.
                              "Demi manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya"
                              "Serta mengilhamkan kepadanya jalan yang membawanya kepada kejahatan,
                               dan yang membawanya kepada ketaqwaan "
                    " sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih-yang sedia ada bersih, bertambah-tambah bersih(dengan iman dan amal kebajikan)"
                             "Dan sesungguhya, hampalah orang yang menjadkan dirinya yang sedia ada bersih,-susut dan terbenam kebersihannya( dengan maksiat dan kekotoran)"( ayat 7-10)

Allah 'azzawajalla telah menisbahkan golongan yang berjaya menjadikan dirinya, bersih( menyucikan jiwanya), maka bagi mereka kejayaan .Golongan yang sebaliknya pula, Allah nisbahkan mereka dengan kekecewaan.Itulah akibat orang yang mengabaikan jiwanya dengan melakukan maksiat dan dosa. Pilihannya, atas kehendak kita.Asalnya, Allah telah mengilhamkan 2 jalan kepada kita.Benar, tiada pertengahan antara kedua-dua itu.
Maka, berjaya bagi yang memilih taqwa( moga kita ahlinya)!Sungguh, rugi amat bagi yang memilih kejahatan!


Dalam surah Abasa pula, Allah telah menegur Rasulullah secara kasar atas perbuatan Baginda mengutamakan dakwah Baginda kepada golongan pembesar Quraisy berbanding Abdullah ibnu Maktum, seorang yang buta, tetapi mendatangi Rasulullah dalam keadaan jiwanya berhajatkan ilmu.
Telus, di sini kita dapat lihat martabat  yang Allah berikan kepada golongan yang menyucikan jiwanya itu, sangan tinggi.Masakan tidak, Rasulullah sendiri ditegur Allah akan peristiwa tersebut sedangkan Rasulullah sendiri sedang merencanakan agar dakwahnya dapat disampaikan kepada ramai umat manusia melalui para pembesar Quraisy tersebut. Jelas amat, pada mizan Allah, penyucian jiwa itu tinggi nilainya.


DARI KACA MATA SUNNAH                                                                                                            
Amal ini, banyak pelangsungnnya dalam Sunnah Rasulullah s.a.w.Secara tidak langsung  menunjukkan peri pentingnya penyucian jiwa itu .Antara sunnah baginda adalah  doa  yang sering baginda  lafazkan:


   "Ya Allah , kurniakanlah ketaqwaan kepada jiwaku.Sucikanlah jiwa ini.Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya.Engkaulah Penjaga dan Tuannya" ( riwayat muslim dari Zain bin Arqam)


Sedang Rasulullah yang Allah janjikan dengan syurga sentiasa memohon ketaqwaan untuk jiwanya, apatah lagi kita yang amal tidak seberapa.




PERLUNYA UMAT KEPADA PENYUCIAN JIWA
Pentingnya amalan penyucian jiwa ini, telah dinyatakan didalam Al-Quran dan caranya juga telah ditunjukkan oleh Baginda s.a.w.


Sesungguhnya, perintah amal ini, Allah tujukan kepada hambaNya. Lumrah, kiranya sesuatu perancangan itu akan berjalan dengan baik jika kakitangan yang bekerja itu cekap!
Allah meletakkan perancanganNya dalam hidup kita sebagai satu bentuk ilmu yang perlu dihadam dengan baik, dan dipraktikkan dengan efektif.
Maka, titik utama bergantung pada golongan ini.Golongan yang mampu memahami peri tah Allah dan melaksanakan dalam bentik amal yang terbaik dan istiqamah.Mereka ruh yang menghidupkan umat.


Imam syahid Hassan Al-Banna menyatakan ,ubat kepada umat," Merawat jiwa dan memperbetulkan akhlaq rakyat"






Rujukan: Zilal Al-Quran,Ihya' 'ulumuddin, dakwatuna fithour Jadid.
                                                                      

Thursday, 10 June 2010

YAKIN...DI HUJUNG NANTI, SYURGA!

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Terasa ingin berkongsi sebenarnya.Namun, lamunan  melanda diri  lantaran 
idea tak kunjung tiba.

Hai manusia, akal diberi untuk berfikir,maka berfikirlah!Hati diberi untuk mengerti, maka mengertilah! Sebenarnya  hatimu ini  gersang.Susulannya, wujudlah perasaan keliru,tidak yakin,semangat jatuh merundum. Maka amal yang tadinya lancar meniti jalan lurus, kini sedikit goyah akibat pelincirnya yang makin kehabisan.Minta diisi semula pelincirnya ya!.Agar amal itu tidak terus menerus goyah geraknya.

Sedikit perkongsian untuk menghayati kalam Tuhan hari ini.

(1)"Demi waktu dhuha
(2) dan demi waktu malam yang telah sunyi
(3)  Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membencimu
(4) dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan
(5)Dan sungguh, kelak Tuhanmu akan memberikan  karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.
Ad-Dhuha,ayat 1-5

Sungguh, dalam perjuangan itu, Allah tidak meninggalkan kita,asal kita tidak tinggalkan Allah!Itu, kata Allah pada Rasul-Nya.Kerana itu, dalam meninggikan kalimah Allah,yakinlah, kita tidak bersendiri.

Janji Allah kepada RasulNya, yang kemudian itu lebih baik dari permulaannya.Ini, tawaran bagi mereka yang beriman! Ganjaran akhirnya amat lumayan.Bagi yang memahami dengan mata hati, gerak langkahnya yakin menuju redha Illahi.Tapi, susah amat bagi yang tidak mengerti!Alasannya, tidak henti-henti.

Seruku, hentikan alasan! pasak keyakinan!.Ayuh, kita maju beramal.
Mari kita meniti satu persatu Qudwah Nabi.
Kerana hadaf utama itu Jannah. 
Maka juhud kita, bukan juhud murahan! 
Melahirkan juhud yang mahal bukanlah dari hati yang gersang!Juhud yang mahal datangnya dari hati yang yakin amat akan janji-janji Allah.Kerana yakinnya itu, lantas amalnya bergerak.Bergerak, bergerak ,dan terus bergerak ,Kerana yakinnya di hujung ada yang lebih baik menanti.Itu syurga!