Saturday 18 December 2010

بسم الله الرحمن الرحيمز

 Perkongsian saya hari ini mungkin pendek sahaja. Sekadar berkongsi serba sedikit tentang tokoh yang saya kagumi.Masih berkisar tentang Hassan Ulubatli. Jatuh cintanya saya pada tokoh yang seorang ini apabila mengetahui tentang pengakhiran hidupnya. Dia menjadi seseorang yang menjalankan tanggungjawab kena pada tempatnya, juga kena  pada zamannya. Penaklukan  Kota Konstantinople menjadi tanda kesyahidan mujahid ini.

Beliau bukanlah tokoh terkenal seperti sultannya, Sultan Muhammad Al-Fateh, namun  apabila Rasulullah mengatakan "..itulah sebaik raja, itulah sebaik tentera...", maka satu kata saya putuskan , dia adalah antara sebaik-baik tentera.

Perkara yang saya dapat kupaskan di sini ialah, pertarbiyyahan yang mantap, mampu melahirkan rijal yang mempunyai kualiti yang tinggi.Hassan Ulubatli adalah antara tentera yang mendapat pentarbiyahan yang baik,jika tidak masakan mereka semua disifatkan "...sebaik-baik tentera...".Hassan Ulubatli, tokoh yang namanya tidak pernah kedengaran jelas meniti dimana-mana bibirpun,karana dia bukanlah sultan yang menawan kota Konstantinople seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.Hadirnya sebagai seorang jundi di situ, kena pada masa dan zamannya.Kerana hadirnya dia disitu, panji Islam tidak jatuh ke tanah.Malah dipacak di tempat tertinggi . Dan syahidnya beliau di situ, sebaik sahaja panji Islam beliau pacakkan.

Maka, pada  saya dia telah membuktikan ini.."...ان صلاتي ونسكيومحياي وماماتي لله رب العاامين.."
Itulah, sifat rijal.Dia mampu berjanji dengan Allah, dan menunaikan  janjinya.
Menjadi jundullah yang berjanji padaNya, dan menunaikan janjinya.

Monday 15 November 2010

~HASSAN ULUBATLI~


Hassan Ulubatli...
siapakah beliau ini?
istimewanya beliau kepada saya kerana pengakhiran hidupnya,
kerana pengakhiran itu, pengakhiran yang saya citakan.

setiap kali mengingati peristiwa pengakhiran hidupnya, saya diselubungi perasaan cinta..
perasaan cinta...saya yakin perasaan itu uga yang dirasakan Hassan Ulubatli ketika dia bejuang dalam hidupnya...



Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Hassan Ulubatli ,
dialah antara sebaik-baik tentera...

SAYA MENGUMUMKAN,  PENUBUHAN BEIT HASSAN ULUBATLI, SECARA RASMINYA.
KEPADA AHLI BEIT,
KULLU 'AAMM WA ANTUNNA ILALLAHI AQRABB.

Sunday 5 September 2010

Rindu sangat-sangat!!!

Bismillahirrahmaanirrahiimm..

Sebulan lebih mutafawwiq ditingggalkan saya. Rindu untuk melontar bicara apabila terbaca perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain.makanya, peluang kemudahan internet yang ada hari ini bakal terisi dengan sedikit coretan inshaallah.

Madrasah Ramadhan dah semakin hampir meninggalkan. Yang dikatakan sebagai hari kemenangan semakin hampir.Namun bentak hati mengatakan saya seperti tidak layak untuk menyambut kemenangan, itu lantaran amal di madrasah Ramadhan ini terasa sangat minimum.

Keberadaan di Malaysia ini, menjana kerinduan kepada biah di Mesir. Rindu untuk berterawih di sana menebal. walaupun saya cuma sempat barterawih dua malam sahaja di sana. Itupun di surau berdekatan dengan rumah. Ingin sekali merasa  beriktikaf sepuluh malam terakhir di Masjid Salam , Hayyu asyier, sekaligus berkumpul dengan akhawat semua.Sungguh, Ramadhan di Mesir lebih meriah.

Rindu juga pada malam terakhir saya berterawih di Masjidl Haram. Masih terngiang suara Imam Rahman Sudais dan Sheikh Said Ghamidi.Bacaan yang penuh penjiwaan . Merebahkan segala keegoan di hati, menyaksikan tunduknya hamba dalam kehinaan kepada Rabbnya Yang Satu.
Rindu menebal menatap Kaabah   tatkala menanti masuknya waktu solat fardhu.

Madrasah Ramadhan membawa seribu erti.Penuh pengajaran yang Allah pertontonkan kepada kita.Cuma hati yang degil tidak mahu memahami setiap apa yang Allah santapkan kepada kita.Bulan ini menguji kebenaran ketaatan kita pada Allah.Adakah paksinya adat, ataupun hubungan yang tulus antara seorang hamba dan penciptanya yang Agung.

Hampir seminggu lalu, saya mendapat khabar tentang kemalangan seorang kenalan satu sekolah dahulu. Mengenangkan keadaannya ketika itu, dan dibandingkan  dengan keadaan saya ketika ini, kecut hati mengenangkan hebat Kuasa Allah dalam setiap urusan.Mungkin sekarang sihat, tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata nyawa melayang. Betapa besar kuasaNya  sehinggakan setiap perancangan kita akan mendapat persetujuanNya untuk berjalan lancar.
Subhanallah.
Semoga Allah merahmati kita dalam setiap urusan  dan perancangan kita.

" Kita mesti sentiasa kembali kepada Allah dan RasulNya"
pesanan dari seorang ukhti.
saya rindu ukhti.
Rindu saya kerana rindunya dia pada KhaliqNya.
Moga saya juga begitu.
Moga cinta saya pada JannahNya tak akan goyah.
Amin Ya Rabb.

Friday 30 July 2010

SAHABAT-SAHABATKU FILLAH.

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Alhamdulillah waastarfighullah 'ala kulli haal wanni'mah.


Ketika kata-kata tidak mampu saya luahkan kepada insan -insan yang saya sayang, maka, saya nukilkan semua itu di sini.Sungguh, bibir ini berat untuk menuturkan kalam pembakar hamasah untuk sahabat-sahabat seperjuangan.Maka, biarlah lontaran kata-kata itu menari di sini.Maaf,kepada sahabat seperjuangan yang saya cintai. Sungguh, saya merasa amat bersalah kepada anda sekalian. Tidak mampu mendengar kalam bicara kalian, tidak mampu juga menenangkan hati kalian,apa lagi untuk memberi semangat. Takut berbicara kerana, saya takut dihisab kalam saya pada kalian.Namun, ingin sekali saya berkongsi peringatan dari Tuhan yang memberi penentuan atas setiap usaha kita. Moga ini, mendamai hati kalian, meningkatkan mizan kita bersama.


saya ingin kongsikan, FAKTOR KUASA REDHA.


Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Al-Quran: Al-AnFaal Ayat 2

Sahabat, KEBERKATAN Allah itu adalah segalanya.
Rezeki yang mempunyai keberkatan, datangnya dari REDHA Allah.Allah memberikan rezeki kepada kita kerana kita berusaha mendapatkannya, dan ALlah tidak menzalimi Hambanya.
Tetapi, berbicara tentang REDHA pula, adalah satu perkara yang lain.
Kita mendapat rezeki, sama ada ianya diberkati atau tidak, disitulah letaknya REDHA Allah,

Redha dan Keberkatan itu pula datangnya dari IKHLAS.
keredhaan dan keberkatan Allah dalam setiap amal kita ditentukan dengan tahap keikhlasan kita kepada Allah.
Yang menerbitkan IKHLAS itu pula adalah cinta. 

Muhasabah amal kita.Kita mungkin selalu berdoa agar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan , hidup yang bahagia, rezeki yang halal dan sebagainya. 
Namun, luar sedar kita, mungkin itu yang menjauhkan kita dari Al-Khaliq. Meletakkan matlamat pencapaian hidup kita melebihi KEREDHAAN dariNya.Takut itu yang mengurangkan cinta kita pada Allah.

Jika ditanya pada diri kita, adakah kita mencintai Al-Khaliq?
Jawapannya sudah tentu" Ya".
Namun, sejauh mana amalan yang kita lakukan mempamerkan 100% cinta kita kepada Allah?

Gentarkah hati kita bila disebutkan nama Allah?
Hakikatnya, gentar lagi kita menunggu natijah imtihan diumumkan, takut sekiranya kecemerlangan tidak memihak kepada kita.
Hakikatnya juga, gentar lagi hati kita apabila nama si dia disebut-sebut , kerana dia itu, kita cinta.

Pernahkah kita merasa gentar sebegitu apabila disebut nama Al-Khaliq?
Meresapkah seluruh rasa cinta kita padaNya di hati?
Sahabat, sungguh, anda diuji kerana Allah menguji cinta anda padaNya.
Cantik kan kisah cinta anda denganNya?

Mari kita lalui ujian yang disediakanNya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat RedhaNYa.
Faktor Redha adalah Keikhlasan. Keikhlasan itu pula datangya dari cinta.
Maka , apabila wujudnya CINTA pada Al-Khaliq, kita akan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata keranaNya.

Sahabat, CINTA itu akan kukuh apabila komunikasinya efektif.
Sekiranya kita mencintai seseorang, tetapi, kita tidak pernahmenyatakan perasaan kita kepadanya.Agak-agak, dapatkah  si dia memahami isi hati kita?

Jawapannya, sudah tentu TIDAK.
Sahabat, komunikasilah dengan Al-Khaliq.
Bukan setakat doa, tetapi melalui seluruh kehidupan kita ini.
Buangkan "mind-chatting" dalam diri kita, mantapkan komunikasi denganNya.Setiap apa yang kita lakukan, ceritalah kepadaNya.
Dia Maha Mendengar. Mendengar lebih baik daripada "kekasih tanah" yang kita sayang.

Apabila kukuh cinta kepada Allah, maka lahirlah amal-amal yang ikhlas keranaNya,
Maka, tuailah Redha Allah sebagai ganjaranNya.
Andai sepasang kekasih saling mencintai, sudah tentu masing-masing akan melakukan yang terbaik untuk pasangan mereka.
Itu lumrah hubungan kekasih.Maka, begitu juga hubungan cinta kita dengan AL-Khaliq.Setiap keikhlasan dalam beramal tidak akan mendatangkan penyesalan dan kekecewaan.Setiap amal yang dilakukan disusuli dengan berserah sepenuhnya dan bertawakal.Hati juga akan redha dengan segala ketentuan yang Allah berikan.


Maka, cintailah Dia dengan sebenar-benar cinta. Kerana saya yakin, Dia amat cintakan sahabat.Maka, sahabat diuji.Andai sahabat diuji dengan imtihan ini, saya juga turut diuji dengan rasa bersalah kerana tidak mampu membantu sahabat sendiri.
namun, pengharapan saya tinggi pada Al-Khaliq, moga dia mudahkan segala urusan sahabat.

"Ya Allah, jadikan ketentuanMu kepada kami ini, sebagai satu wasilah taqarrub kepadaMu.Jangan Engkau jadikan ini sebagai istidraj kepada kami.Ya Allah, mudahkanlah urusan kami dengan RedhaMu.Mudahkanlah urusan kami dengan Redhamu. Mudahkanlah urusan kami dengan RedhaMu."

Sahabat,tembakan doa dariku sentiasa mengiringi.Ingatlah "mengapa dunia ini susah?...kerana SYURGA itu MANIS"
Ahabbakumullah!

Wednesday 21 July 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Lama 'skip' menulis.Mutafawwiq hanya menjadi tempat jenguk saya sepanjang musim peperiksaan ini.
Subhanallah, Alhamdulillah,Allahuakbar!
Semalam, ORAL yang terakhir.Alhamdulillah.Allah itu sangat pemurah.Maha Pemurah.Dalam segala lapangan.
Terasa diri hina amat apabila mengenangkan tiap sesuatu yang Allah bagi.
Alhamdulillah,nikmat yang datang itu tidak putus-putus.Moga Allah datangkannya dengan Redha-Nya sekali.
Moga segala yang diberi tidak menjadi Istidraj buat diri ini.
Moga segala yang diberi mengangkat darjat kita kepada taraf Hamba Illahi.
Bukan  makhluk perosak yang tidak sedar diri.

Inshaallah, natijah akan keluar tidak lama lagi.Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi kita ,hambaNya yang kerdil ini.Semoga segalanya mudah.Hanya dengan kuasa Allah.

                              " Ya Allah, kurniakanlah kami dengan kejayaan, dan jadikanlah kejayaaan itu suatu yang terbaik buat kami, dan jadikanlah itu dengan Redha Mu...Sungguh, usaha kami tidak seberapa, malah itu jua kuasaMU, maka, kami berharap  pada RahmatMu."  

Tuesday 29 June 2010

He wants to show me something!

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Mari ucap kalimah diatas bersama-sama saya. Saya seru anda.Saya seru sahabat sekalian, mari kita bertahmid kepada-Nya.

Kalimah di atas mungkin senang kita lafazkan.Namun, liat hati kita memahami kandungan kalimah agung itu. Kalimah itu, pemberat mizan.

Sungguh, hati ini rasa sesak.Sesak , lebih-lebih lagi apabila musim peperiksaan ini.Saya takut hadaf menyimpang 360 darjah!

Alhamdulillah...
di kala terasa sesak itu, ada wajah-wajah tenang berada di sisi saya.Wajah mereka, peribadi mereka, dan setiap perbuatan mereka mengundang ketenangan di hati.Subhanallah, hebat kuasa Allah menyatukan hati saya dan hati-hati mereka.Moga ikatan hati itu terus utuh.Itu, mereka yang berada di depan mata saya ini.

Belum lagi saya hitung ketenangan hati yang Allah bagi ketika telinga saya menjamah nasihat dan ucapan mahabbbah dari mereka yang jauh di mata.Sungguh, linangan air mata ini, tanda betapa berharga nikmatMu itu.Ya Allah, janganlah Engkau tarik nikmat ini dari hamba.
Sungguh,aku syukur! Maka, aku lafazkan padaMu, ALHAMDULILLAH.

ANATOMY.
Alhamdulilah.
Sekali lagi Allah bagi saya nikmat.Nikmat menjawab peperiksaan.
Moga setiap titipan jawapan itu dengan panduan Allah.Ya Allah, bantu kami.
Moga kecemerlangan itu adalah yang terbaik buat kami.
Alhamdulillah, nikmat menjawab tanpa rompong.Yang hampir ditinggalkan kosong, Allah beri lagi idea untuk 'menghentam' jawapan yang tidak tahu tahap logiknya di mana.
Di situ,  Allah tunjuk lagi kuasaNya.Saya tak akan mampu pun untuk memegang pena melorek jawapan,walaupun penuh fikiran dengan idea untuk membalas tembakan soalan yang bertubi-tubi, andai Allah tidak mengkehendaki saya untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Kita berazam untuk cemerlang, dan kita menyediakan usaha ke arah itu, maka mari kita bertawakkal.
Mari bertawakkal bersungguh-sungguh.Jauhi buruk sangka kepada Allah.Moga kejayaan menanti kita di hujung!

Friday 25 June 2010

it's begin!

Bismillahirrahmaanirrahiim..


Semalam, permulaan bagi ujian bertulis dan lisan bagi peperiksaan akhir tahun ini.Alhamdulillah, Allah meletakkan, permulaan itu sebagai suatu yang baik.Moga susulannya lebih baik, dan pengakhirannya juga lebih baik.Amin.


Musim peperiksaan selalunya meletakkan diri saya dalam posisi yang serba bagai.Banyak kemusykilan yang melanda.Baik dari segi rohani dan jasmani, dua-dua mengalami kadar naik turunnya. Tidak dinafikan, saya haru! Musim peperiksan ini memang menguji minda dan jiwa saya. Malah, sering saja saya bergaduh dengan perasaan sendiri.Banyak perkara yang tergugat. Baik dari segi ukhuwwah sesama ahli bait, hak-hak saudara, dan banyak perkara lagi, seringkali terabai.Bukan orang lain, tetapi diri saya sendiri.Kadang-kadang bermasam muka lantaran emosi yang tidak stabil.Aduhai, lemah benar diri ini. Malah, perselisihan faham yang sedikit  sahaja mampu di'elaborate'kan sapanjang satu kertas kajang.


Memang musim peperiksaan cukup menguji. Sungguh, inilah fatrah  yang mana kita mampu mengukur iman kita dengan jelas.Sejauh mana hak-hak kepada mereka yang berhak yang mampu kita tunaikan? Refleksi diri.Persoalan itu, saya pulangkan pada diri sendiri. Sungguh, keampuhan iman itu masih di tahap rendah!Banyak yang saya dah abaikan tidak kira sedar mahupun tidak.


Kepada akhawat serumah, saya minta maaf atas segala keterlanjuran saya. Moga yang terasa hati, tidak disimpan.Sungguh, saya ini lemah. Inshaallah, saya mencuba menambah baik mana yang kurang itu.Mohon doa dan sokongan kalian.Uhibbukunnafillah. Moga kecemerlangan kita, hadiah buat umat!


Mari kita refleksi diri, tingkatkan amal.Moga segala amalan kita diterima di sisi Allah.
Rabbuna Yusahhil 'ala 'umurinaa.


Perjuangan kita sekarang, di mata pena.Moga redha Allah itu sentiasa mengiringi setiap lontaran jawapan di muka kertas.Dan semoga natijahnya, MUMTAZ.~ Fighting!~

Saturday 12 June 2010

SUDAH SUCI KAH JIWA KITA?

Bismillahirrahmanirrahim..

Apabila menginginkan darjat yang tinggi di sisi Allah,makanya, amal itu penting.Masakan, seseorang itu mampu meraih darjat yang tinggi tanpa usaha yang tinggi. Dalam masyarakat sendiri, golongan yang bersungguh- sungguh dalam pelajaran akan disanjung mulia. Itulah hasil usaha.
Disitu, Allah menunjukkan fitrahnya untuk mendapatkan sesuatu atau ganjaran daripadanya, amal itu perlu selari dengan kemahuan tersebut.

Penyucian jiwa. Setakat manakah darjat amal tersebut pada pandangan kita?
Diri yang membaca mampu menentukan.
Apa pula darjat amal tersebut di sisi Allah?
Sangat tinggi darjatnya!


Allah menyatakan tentang penyucian jiwa dalam KalamNya sebagai satu aspek amal yang diberi perhatian khusus.Penyucian jiwa yang dinyatakan Al-Quran adalah satu proses menyucikan jiwa,dan memperbaiki ke arah lebih baik.Proses ini Allah namakan dalam kitabNya sebagai at-Tazkiyah.


PRIHATIN DALAM AL-QURAN.
Sungguh, banyak tempat dalam Al-Quran disebutkan perkara ini.Bagi yang prihatin, jelas di hati mereka, amal ini penting!Hanya, beberapa rujukan  saya kongsikan disini. Selebihnya, saya cadang, rujuk semula Al-Quran.


Rujuk surah as-Syams.
                              "Demi manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya"
                              "Serta mengilhamkan kepadanya jalan yang membawanya kepada kejahatan,
                               dan yang membawanya kepada ketaqwaan "
                    " sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih-yang sedia ada bersih, bertambah-tambah bersih(dengan iman dan amal kebajikan)"
                             "Dan sesungguhya, hampalah orang yang menjadkan dirinya yang sedia ada bersih,-susut dan terbenam kebersihannya( dengan maksiat dan kekotoran)"( ayat 7-10)

Allah 'azzawajalla telah menisbahkan golongan yang berjaya menjadikan dirinya, bersih( menyucikan jiwanya), maka bagi mereka kejayaan .Golongan yang sebaliknya pula, Allah nisbahkan mereka dengan kekecewaan.Itulah akibat orang yang mengabaikan jiwanya dengan melakukan maksiat dan dosa. Pilihannya, atas kehendak kita.Asalnya, Allah telah mengilhamkan 2 jalan kepada kita.Benar, tiada pertengahan antara kedua-dua itu.
Maka, berjaya bagi yang memilih taqwa( moga kita ahlinya)!Sungguh, rugi amat bagi yang memilih kejahatan!


Dalam surah Abasa pula, Allah telah menegur Rasulullah secara kasar atas perbuatan Baginda mengutamakan dakwah Baginda kepada golongan pembesar Quraisy berbanding Abdullah ibnu Maktum, seorang yang buta, tetapi mendatangi Rasulullah dalam keadaan jiwanya berhajatkan ilmu.
Telus, di sini kita dapat lihat martabat  yang Allah berikan kepada golongan yang menyucikan jiwanya itu, sangan tinggi.Masakan tidak, Rasulullah sendiri ditegur Allah akan peristiwa tersebut sedangkan Rasulullah sendiri sedang merencanakan agar dakwahnya dapat disampaikan kepada ramai umat manusia melalui para pembesar Quraisy tersebut. Jelas amat, pada mizan Allah, penyucian jiwa itu tinggi nilainya.


DARI KACA MATA SUNNAH                                                                                                            
Amal ini, banyak pelangsungnnya dalam Sunnah Rasulullah s.a.w.Secara tidak langsung  menunjukkan peri pentingnya penyucian jiwa itu .Antara sunnah baginda adalah  doa  yang sering baginda  lafazkan:


   "Ya Allah , kurniakanlah ketaqwaan kepada jiwaku.Sucikanlah jiwa ini.Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya.Engkaulah Penjaga dan Tuannya" ( riwayat muslim dari Zain bin Arqam)


Sedang Rasulullah yang Allah janjikan dengan syurga sentiasa memohon ketaqwaan untuk jiwanya, apatah lagi kita yang amal tidak seberapa.




PERLUNYA UMAT KEPADA PENYUCIAN JIWA
Pentingnya amalan penyucian jiwa ini, telah dinyatakan didalam Al-Quran dan caranya juga telah ditunjukkan oleh Baginda s.a.w.


Sesungguhnya, perintah amal ini, Allah tujukan kepada hambaNya. Lumrah, kiranya sesuatu perancangan itu akan berjalan dengan baik jika kakitangan yang bekerja itu cekap!
Allah meletakkan perancanganNya dalam hidup kita sebagai satu bentuk ilmu yang perlu dihadam dengan baik, dan dipraktikkan dengan efektif.
Maka, titik utama bergantung pada golongan ini.Golongan yang mampu memahami peri tah Allah dan melaksanakan dalam bentik amal yang terbaik dan istiqamah.Mereka ruh yang menghidupkan umat.


Imam syahid Hassan Al-Banna menyatakan ,ubat kepada umat," Merawat jiwa dan memperbetulkan akhlaq rakyat"






Rujukan: Zilal Al-Quran,Ihya' 'ulumuddin, dakwatuna fithour Jadid.
                                                                      

Thursday 10 June 2010

YAKIN...DI HUJUNG NANTI, SYURGA!

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Terasa ingin berkongsi sebenarnya.Namun, lamunan  melanda diri  lantaran 
idea tak kunjung tiba.

Hai manusia, akal diberi untuk berfikir,maka berfikirlah!Hati diberi untuk mengerti, maka mengertilah! Sebenarnya  hatimu ini  gersang.Susulannya, wujudlah perasaan keliru,tidak yakin,semangat jatuh merundum. Maka amal yang tadinya lancar meniti jalan lurus, kini sedikit goyah akibat pelincirnya yang makin kehabisan.Minta diisi semula pelincirnya ya!.Agar amal itu tidak terus menerus goyah geraknya.

Sedikit perkongsian untuk menghayati kalam Tuhan hari ini.

(1)"Demi waktu dhuha
(2) dan demi waktu malam yang telah sunyi
(3)  Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membencimu
(4) dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan
(5)Dan sungguh, kelak Tuhanmu akan memberikan  karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.
Ad-Dhuha,ayat 1-5

Sungguh, dalam perjuangan itu, Allah tidak meninggalkan kita,asal kita tidak tinggalkan Allah!Itu, kata Allah pada Rasul-Nya.Kerana itu, dalam meninggikan kalimah Allah,yakinlah, kita tidak bersendiri.

Janji Allah kepada RasulNya, yang kemudian itu lebih baik dari permulaannya.Ini, tawaran bagi mereka yang beriman! Ganjaran akhirnya amat lumayan.Bagi yang memahami dengan mata hati, gerak langkahnya yakin menuju redha Illahi.Tapi, susah amat bagi yang tidak mengerti!Alasannya, tidak henti-henti.

Seruku, hentikan alasan! pasak keyakinan!.Ayuh, kita maju beramal.
Mari kita meniti satu persatu Qudwah Nabi.
Kerana hadaf utama itu Jannah. 
Maka juhud kita, bukan juhud murahan! 
Melahirkan juhud yang mahal bukanlah dari hati yang gersang!Juhud yang mahal datangnya dari hati yang yakin amat akan janji-janji Allah.Kerana yakinnya itu, lantas amalnya bergerak.Bergerak, bergerak ,dan terus bergerak ,Kerana yakinnya di hujung ada yang lebih baik menanti.Itu syurga!

Wednesday 9 June 2010

Guidelines...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Perkongsian hari ini, bukanlah hasil brainstorming idea saya.Paparan kali ini ialah guideline yang akan memudahkan kita bertindak.Mahunya kita bertindak atas isu apa? Sudah tentu, isu umat! Ya, isu Palestin!

Mereka sedang menyeru kita.Siapa?Mereka saudara kita yang berani bersuara,dan suara mereka didengari ramai lantaran perjuangan mereka.The Muslim Brotherhood. Masyarakat kita mengenalinya sebagai Ikhwan Muslimin.Organisasi yang mempunyai sejarah catatan pejuang yang saya kira antara yang terbaik.Mereka, dan perjuangan mereka, patut kita kenali, kita hayati, dan kita bertindak bersama mereka.

Ikhwan Muslimin telah melaungkan seruan mereka kepada seluruh umat Islam 
berhubung isu terkini di Palestin. Rujukan lengkapnya, sahabat boleh singgah di  isma.web dan boleh membuat rujukan yang lebih detail.Memandangkan posisi diri berada di peringkat pelajar, suka untuk saya kongsikan antara guidelines yang diaturkan oleh pihak Ikhwan Muslimin dalam memudahkan gerak kerja kita sebagai pelajar dalam menunaikan hak kepada isu umat ini.Semoga Allah memudahkan gerak  kerja kita dan memberkati amal kecil ini.



  • Diikat akidahnya dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Dididik tentang kefardhuan umat Islam membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.
  • Mengetahui geografi, sejarah dan politik Palestin.
  • Mengetahui kewajipannya terhadap saudara-saudaranya di Palestin.
  • Meningkatkan pengetahuan tentang Zionis dan dididik untuk membenci mereka lantaran mereka adalah manusia yang paling memusuhi kita.
  • Menjadi teladan dari aspek keprihatinan, pemboikotan dan derma.
  • Memperkenalkan isu ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga, kaum kerabat dan keluarga.
  • Mendermakan sebahagian dari belanja hariannya dan mengumpul derma daripada rakan-rakan dan kaum kerabatnya untuk Paletsin.
  • Memboikot segala barangan Yahudi atau Amerika, dan mengajak orang lain untuk memboikot.
  • Mempersiapkan kerohaniannya dengan solat fardhu berjamaah, qiamullail dan berdoa.
  • Mempersiapkan fizikalnya dengan praktis latihan fizikal.
  • Mendidiknya dengan sifat berani dan cintakan jihad.
  • Memperkenalkannya tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan.
  • Membiasakan dirinya untuk berpuasa sehari dalam seminggu.
  • Hidup dengan al-Quran dari aspek bacaan, hafalan, pemahaman dan aplikasi.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan sukan dengan nama kota atau syuhada’ di Palestin.
  • Melakukan perjalanan-perjalanan untuk meningkatkan daya tahan dirinya.
  • Menganjurkan dan terlibat dalam persidangan-persidangan khas berkenaan Palestin.
  • Menyertai kegiatan-kegiatan budaya dan kajian berkenaan Palestin.
  • Menghantar mesej peribadi berkenaan Palestin, kepada salah satu majalah atau surat khabar (sekali seminggu).
  • Menyertai radio sekolah dengan berita atau lagu untuk Palestin.
  • Menghafal dan mengulangi lagu untuk Palestin.
  • Menyertai karnival dan keraian berkenaan Palestin.
  • Mengadakan lelongan produk dan barangan anak-anak untuk disalurkan ke Palestin.
  • Menyediakan tabung dan album Palestin dan mempergiatkannya.
  • Terlibat dalam pengagihan album dan tabung, untuk memperkenalkan isu Palestin dan pengumpulan derma.
  • Mengadakan buku skrap gambar dan maklumat untuk meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu ini.
  • Memilih salah seorang saudaranya di Palestin sebagai ikon heroic, mengetahui maklumat berkenaan dirinya, membawa fotonya di dalam dompet, melekatkan foto itu pada nota, buku, dan meja.
  • Meyakini pertolongan Allah kepada agamanya mengalahkan kebatilan Zionis.

Wednesday 2 June 2010

JUST SEE?..NO.PLEASE, DO SOMETHING!

Bismillahirrahmaanirrahiim..







Moga ada kekuatan Allah berikan untuk menulis ini...
Sebagaimana kekuatan yang Allah berikan untuk para aktivis merentas lautan antarabangsa ,meninggalkan kehidupan di negara asal, rata-ratanya, saya yakin amat bahawa mereka sudah bersedia untuk tidak pulang semula..kerana kata-kata mereka"sama ada kami  sampai ke Gaza , atau kami syahid"

Sungguh, bukan omongan kosong!

Nyata, apa yang diperkatakan bukanlah omongan kosong. Baik sampai ke Gaza mahupun syahid,kedua-duanya adalah piala terbesar anugerah Allah.Malah,penyertaan mereka sahaja telah melambangkan hadaf hidup yang dicari.Bagi yang muslim, mengejar syurga ALLAH itu pasti! Bagi yang non-muslim, sudah kita maklum, misi kemanusiaan itu falsafah hidup mereka.Paling tidak, peristiwa serangan Israel keatas Flotilla Kebebasan mampu membuka mata mereka  seluas-luasnya tentang kekejaman Israel pada umat Palestin yang bertakung setelah sekian lama. Syukur kepada Allah, terbongkar segalanya.

Susulannya apa?

Mari kita intai kaca mata dunia.Turki yang pertama bangkit dengan tindakan susulan yang pelbagai.Sungguh, kerjasama  Endorgan dan rakyat pimpinannya membuka mata rakyat dunia.Sedih, Malaysia agak sejuk dengan isu ini.Hanya mampu mengutuk sekeras-kerasnya sahaja.Mungkin ada masalah dalaman yang tidak diketahui, wallahua'lam.Tetapi, perbuatan mengutuk sahaja tidak cukup, kawan.Not much effort that will be gain.

Apabila dimuliakan Allah sebagai seorang Muslim, sungguh, kita mampunyai kelebihan 
berbanding mereka yang kafir pada banyak perkara.Maka,tugas kita pun turut bertambah.Sedarkah kita bahawa sebenarnya, Allah menginginkan kebaikan pada umatnya atas setiap apa yang berlaku.Maka itu, Allah titipkan kita peristiwa ini.

It shows us something!Definitely..then, let us think about it.
Mereka yang kafir akan menganggap isu ini sebagai isu kemanusiaan semata-mata yang dijadikan pegangan hidup mereka.Namun, kita yang dianugerahkan ruh Islam menyatakan ini isu umat!
 Nyawa seorang umat Islam itu, lebih bernilai dari segala-galanya.Soroti semula seerah Nabi Muhammad s.a.w, dimana peristiwa pembebasan Bilal bin Rabah oleh Saidina Abu Bakr.Ketika itu, Umayyah meminta bayaran yang amat tinggi.Saidina Abu Bakr pula di ketawakannya kerana sanggup berhabis harta semata-mata  untuk seorang hamba!Saidina Abu Bakr membealas, kiranya Umayyah meminta lebih daripada itu pun, beliau sanggup, menyebabkan Umayyah tersentak marah.Lihat, betapa tingginya nilai jiwa seorang manusia apabila berpegang pada tali Allah!

Umat islam yang berpegang teguh pada Al-Quran dan As-sunnah akan faham betapa penting 
isu ini.Lambatnya kemenangan umat Islam itu, kerana dirinya sendiri.Refleksi diri,adakah logik kemenangan itu diturunkan kepada golongan yang bergelumang dengan maksiat?Jikalau diturunkan kemenangan sekalipun kepada mereka, maka ingatlah, itu bukan redha Allah, hanya Istidraj semata-mata. 

Apakah kemenangan itu?
Hidup mulia atau syahid!
1)Hidup mulia.
    ~hidup dalam menegakkan kalimatullah.Hidupnya, kulluha lillah.Penataan hatinya mantap, menjadikan ia sentiasa subur dengan iman.Hadafnya syurga.Binaan fard Muslim  terbaik di pasak kukuh dalam diri.Maka, Allah akan mencampakkan rasa takut kedalam hati orang kafir pabila melihat mukmin itu.Itu,apabila seorang mukmin itu marasa 'Izzah dengan  Islam.

2)Mati syahid
   ~Matinya mukmin itu dengan berjuang di jalan Allah ,asal dia membenarkan Allah dan Rasulnya.seperti seorang sahabat Nabi dimana sebelum perang, katanya "aku ingin syahid dengan begini"
sambil menunjukkan kepada sahabtnya,..akhirnya, ketika perang beliau syahid dalam keadaan sebagaiman yang diperkatakan olehnya sebelum perang! Beliau syahid dan Allah membenarkan kata-kata beliau...MasyaAllah.



Maka bagaimana caranya?


pesan Rasulullah sebelum kewafatan baginda:"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kiranya kamu berpegang padanya, maka  tidak akan sesat buat selamanya:itulah Al-Quran dan As-Sunnah..

Ayuh, kawan semua, kita kembali pada Al-Quran dan As-Sunnah.Kita baja hati, iman dan
peribadi dengan bajaan tarbiyyah terbaik mengikut cara Rasulullah s.a.w. Cara sudah ditunjukkan melalui seerah nabawiyyah.Tugas kita,belajar,memahami,mengambil sebanyak mungkin ibrah daripada setiap perlakuan Rasulullah dan para sahabat.

Contoh terbaik, Palestin.Tanyalah kepada siapapun, jawapannya tentu Palestin.Bertuah penduduk Bumi Palestin. Mereka mengabil pengajaran dari peristiwa-peristiwa lama yang melanda mereka.Benar, mereka dahulu bukan seperti sekarang. sebelum kejatuhan mereka, banyak kemungkaran dan maksiat yang menular.Itu, punca kejatuhan. Namun, kini kebangkitan mereka seiring luar dalam. Tarbiyyah yang terbaik membentuk umat yang memahami Islam dari luar dalam.
Malah,yang cantiknya apabila bukan hanya golongan dewasa sahaja yang memahami,
anak-anak kecil telah ditarbiyyah sebaik mungkin, justeru melahirkan anak-anak yang mamahami, menghafaz dan mengamalkan Al-Quran.Maka, penting amat tarbiyyah dari usia muda.Mari kita ambil ibrah dari peristiwa Rahib dan ghulam. Sedarkah kita, sebenarnya, inilah yang ditakuti oleh Yahudi laknatullah.Bayangkan, perancangan mereka yang sebegitu lama untuk menghancurkan Islam akan ranap dengan bangunnya umat yang benar berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah.Itulah Mukjizat Al-Quran.Maka di situ jugalah, tugas kita!

Maka, bangkitlah umatku..

Ayuh, kita bangkit! Lakukan perubahan dengan segera dan istiqamah.Mari
kita bangunkan ummah yang terbaik. Untuk itu perlu melalui marhallah tarbiyyah dengan itqan. Sememangnya akan mengambil masa yang lama.Tetapi, jangan kita lambatkan dengan dosa dan maksiat kita.Dosa dan maksiat kita itu cuma akan melambatkan hak Islam untuk cemerlang.Sungguh, pesanan ini utamanya untuk yang sedang menulis ini.Moga sampai juga kepada yang membaca.

Mari kita berjuang ikut kudrat masing-masing membantu saudara di Palestin.Sungguh, sebenarnya peristiwa serangan Flotilla Kebebasan bukanlah terlalu dahsyat jika dibandingkan perjuangan saudara kita di Palestin yang mempertahankan tanah umat Islam itu!Moga cinta kita di sana.Maka, mudah kita membajai amal dengan keikhlasan.Sememangnya, itu hak tanah Palestin pada kita.Membaik, dan menggandakan amal,  moga Allah redha.





Monday 31 May 2010

KENAPA ISU GAZA???

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Hangat isu ini diperkatakan ..di Mesir, di Turki, dan dinegara lain juga..sedikit terkilan, dinegara sendiri senyap sahaja..status mereka di Malaysia khabarnya mood World Cup..
di page utusan Malaysia online, hanya paragraph kecil mencanangkan isu aktivis-aktivis kapal Mavi Marmara diserang..kecil perenggan tersebut, kuharap tidak melambangkan kecil prihatin rakyat Malaysia pada isu ini..


6.45 pagi : saya meneliti berita di palestin.infokini...
" 2 telah mati ditembak manakala 30 yang lain cedera"
saya memberitahukan perkara tersebut kepada ahli beyt..rupanya, mereka dah tahu...

8.45 pagi: saya terus mencari page lain di internet yang memaparkan kisah flotilla ke Gaza tersebut..
BUZZ!!!..( mesej sampai dari kak izzah):" flotilla tersebut di bajak Israel dan di bawa ke tempat yang tidak di ketahui"
getus hati ," kejam kau, amat kejam"

twitter LifeLine4Gaza:Kepada Allah kami berharap, kerana kami ini tiada kekuatan kecuali itu



palestinkini.info: Dipercayai dibawa ke port Haifa, bersama aktivis. Update by Aqsa Sharif Gombak 1430 m'sia time.
8 hours ago reply
Update Freedom Flotilla: IHH melaporkan angka pembunuhan Israel meningkat 16 org. Lost contact dgn kapal Mavi Marmara.8 hours ago reply

kemudian laporan berita bertilis Al-Jazeera, kubuka,,..sekarang saya mengerti keadaan mereka,..mereka sedang diserang secara kejam..
Israel.sememangnya sentiasa melampaui batasan..sungguh, merekalah golongan yang tidak pernah mengenal batasan yang di tetapkan Allah,..apatah lagi untuk mematuhi batasan yang ditetapkan oleh dunia ini...

cursor hari ini makin ligat bergerak, mencari-cari sasaran untuk saya
canangkan berita ini...sekarang fatrah imtihan, mungkin semua belayar dalam dunia studi masing-masing...Ya, patut,..tapi, kita tak patut meninggalkan isu Gaza ini.
.ini bukan sekadar isu sebuah negara kawan..

Ini isu ummah..
dimana, pabila kau mati kawan, jasamu pada ummah dikira!!
Tahu kan kawan, itu tidak sia-sia?
Mengapa persoalan yang bertubi-tubi keluar dari lidahmu menanyakan,
" kenapa nak ambil tahu sangat isu Palestin?"
hujah kau canangkan" semua ada jihad masing-masing, ..dan jihad kita belajar,..so, tumpu sepenuhnya pada itu"
memang kawan, itu tak pernah saya nafikan...tapi, ingat,..perjuangan untuk membangunkan Islam itu tidak hak pernah berhenti..tugas menyebarkan fahaman Islam itu tugas semua mukmin..
ya, mungkin engkau belum tahu,.. maka saya bertindak memberitahumu..

Palestin adalah negara yang Islam..kiblat umat Islam pernah dahulunya di situ..mana mungkin tidak penting sedangkan dalam paristiwa Israk Mikraj, Masjidil Aqsa checkpoint pertengahan ...Palestin tu tanahnya ,orang Islam yang punya..saya umat Islam..dan saya nak zahirkan keimanan dengan mencintai tanah orang Islam..itu sebab,mengapa Palestin tidak boleh ditolak tepi.. tidak sekali-kali..

INI ISU UMMAH....buka pandangan hatimu kawan, lihat dunia yang tengah sakit ini..mengapa masih mempertahankan Israel yang jelas terang melakukan penindasan pada saudara-saudaramu yang turut berpegang pada tali ALLAH ini?
Jika ini yang dipersoalkan padamu kelak, " pernah kau doakan mereka?"
hatimu bakal menjawab " aku tidak pernah tersentuh melihat penderitaan mereka, apatah lagi untuk memuntahkan panahan doa buat mereka"

Maka jeleklah kamu kawan pada pandangan Tuhan...saudara kita disana, minta didoakan saja..selebihnya urusan tanah umat itu, mereka akan perjuangkan..kuatkan hati-hati yang bertaut itu dengan doa-doa kita...jangan sekali-kali kita tinggalkan..moga amal kecil itu Allah redha..moga ama kecil kita itu Allah pandang, kawan...

Moga kita tidak terlewat untuk mengambil tahu isu ini..ingat,susah kita menuntut ilmu, beribu kali susah mereka yang berusaha membenarkan ayat-ayat Allah dengan darah mereka sendiri..itu contohnya, umat PALESTIN..

HASBUNALLAH WANIKMAL WAKEEL...