Tuesday 8 May 2012

E.X.I.T



Sedang enak saya tidur, baru sahaja ingin bermimpi, tiba-tiba….nggggggg…
Huh,tetamu tidak diundang!".Tangan terus mencapai bantal untuk menutup muka."
Ngggggg………terus sahaja dia menari-nari di sekitar tempat tidur.Kadang-kadang hinggap di badan.Sekejap ditangan, sekejap di muka.
"Ahhh….pergilah cari jalan keluar!sesat masuk bilik aku buat apa?"saya menengking.
Marahnya saya  pada seekor lalat sesat yang masuk ke bilik dan dia telah mengganggu saya beradu.
Masih lagi dia menari-nari di ruangan bilik.

Saya  bangun dan terfikir sejenak. Terbangnya si lalat tersebut ke sana kemari berlegar-legar diruangan yang   sama. Sekejap disana, sekejap disini.Ah, sungguh menyesakkan pemandangan.Pasti dia ini  sesat. Tidak tahu mana arah tuju.Saya kira, jika dia pandai mengeja EXIT, dan mengenali arahnya, pasti dia keluar.Kerana sesungguhnya dia mengetahui, dia berada di tempat yang salah.
Silap langkah, ditampar orang mati.Musibah pula!

Ya! Dia pasti keluar jika tahu arah  JALAN KELUAR.






Sunnatullah,  sesiapa yang melafazkan keimanan kepada Allah, pasti diuji.
Ketika ditimpa musibah,ketika itu tersingkaplah syiar ta'abbudiyyah yang ada dalam diri kita, sama ada ia hidup, atau tidak.

Salah satu syiarnya adalah=ISTIGHFAR


 ( مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ )
 رواه أبو داود
 “Sesiapa yang melazimkan istighfar, Allah menjadikan baginya dari setiap kesempitan kejayaan, dari setiap kesusahan jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” …




Hadith di atas adalah salah satu seruan untuk kita melazimi istighfar.
Umum, kita mengetahui bahawa, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, beristighfar setiap hari tidak kurang tujuh puluh.Hakikatnya, baginda ma'sum.Dan juga dijanjikan syurga.
Jadi, mengapa bersusah payah melafazkan istighfar? . Bukan sekali dua, malah lebih tujuh puluh kali baginda meminta keampunan dari Allah 'azza wajalla dalam masa sehari.







MEMOHON KEAMPUNAN.

Istighfar itu, menyucikan diri.Membersihkan kehidupan manusia dari maksiat yang pernah dilakukannya , melindungi diri dari pintu murka Allah..
Istighfar itu, pintu kejayaan bagi setiap kesempitan. Melapangkan beban yang menghimpit dada.
Istighfar adalah JALAN KELUAR  bagi setiap kesusahan.
Istighfar itu, membuka pintu rezeki yang tidak pernah terlintas dihati kita
Istighfar itu, menjadi sebab  berkatnya umur dan ajal kita.

Dalam, melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini, pastinya tidak akan lari dari rasa sempit,sesak, mahu mengalah, buntu dan sebagainya.Kerana memang sifat amanah itu berat dan tidak mudah.Membuatkan diri sentiasa terfikir  ingin lari, tetapi tidak tahu ke mana. Tidak jumpa jalannya.

Di saat itu, kita ingatlah kembali bahawa, kita ini manusia.Sebaik-baik ciptaan.Kita bukan seekor lalat, apabila sesat, terus berlegar-legar di ruangan yang sama akibat tidak mengenali arah keluarnya..

Maka kita sebagai sebaik-baik ciptaan, pasti mengenali sang Pencipta.Mengenali arah kita.
Dia  yang menciptakan diri kita.
Dia ciptakan masalah- masalah kita.
Dia juga yang membebankan benak kita dengan amanahNya.

Tetapi, Dia juga yang menciptakan jalan-jalan keluarnya.
Dia  yang mengangkat beban dari kita.
Dia  yang melapangkan dada- dada kita , melalui pengampunanNya.

Carilah pintu-pintu keluar di sebalik rantaian istighfar siang dan malam.
Carilah pintu rezeki dan kejayaan di sebalik  keampunan Tuhan.





No comments:

Post a Comment