Monday, 24 May 2010

apa bezanya?



Bismillahirrahmaanirrahiim...

Lusa, kami tahun 2 Ainshams akan menduduki peperiksaan praktikal ANATOMY....mohon doa akhawat semua...moga ALLAH mempermudahkan urusan kita bersama.....

Mohon agar tiada pandangan pelik, walaupun dah nak exam lusa, tapi masih depan laptop???..Hmm, sekadar ingin berkongsi satu tazkirah dari Ukhti bent4mrun...memang giliran beliau menyampaikan tazkirah sentiasa ditunggu-tunggu....

" pernah baca tak pasal 100% atau 99%?...
"?????"...(apa tu? percentage?math modern????...tak pernah la kot!!!)

Ha, apa agaknya beza 100% dengan 99%?
- ala..apa beza sangat? 1% ja pun....
- 100% banyak sikit,,,99% tu kurang sikit...
- 100% tu ada 3 nombor...99% tu ada dua nombor...
- hmmm...ntah la..tak ada beza sangat kot...

THINK!THINK!THINK!....do think about it akhawat...
Mari kita cuba menisbahkan perkara tersebut dengan perkara realiti...Honestly, both are not equal!!


1) sekiranya, pemenang tempat pertama lari pecut sukan Olimpik berjaya mencatat masa terpantas...dan pemenang tempat kedua mempunyai perbezaan masa dengan pemenang pertama, hanya 0.01 second....can we just put both of them in the same place as the champion???..NO...of course not...seorang akan berada ditempat pertama dan seorang lagi berada di bawah...sekiranya kita berada di tempat pemenang kedua, apa yang kita fikir???mungkin.."ala, ruginya, beza sikit aja...tapi dia dapat emas, aku, perak ja.."


2) mungkin situasi atas lebih baikberbanding situasi tersebut...
pelari ketiga yang sampai di garisan penamat berbeza 0.01 saat sahaja dengan pelari keempat....tetapi, alangkah beruntungnya, pelari ketiga berbanding pelari tempat keempat kerana dia masih mampu menyumbangkan pingat gangsa kepada negaranya..how about the fourth one???...mungkin menggigit jari menahan sedih....:(


3) hah, itu, situasi sukan..mari kita rentas dunia pelajar yang dihantui mimpi ngeri peperiksaan dan impian to score fullmarks....( ini saya akui, situasi ini, saya telah alaminya sendiri..however, we need to improve ourselves:)) GAMBATE!)....baiklah,, markah untuk mencapai gred MUMTAZ untuk ANATOMY adalah 215/250..(not real)....katakanlah si A mendapat 215/250, maknaya= MUMTAZ...tetapi si B mendapat 214/250, maknanya beliau =JAYYID JIDDAN...

sekiranya, untuk mendapat MUMTAZ keseluruhan, memerlukan anda MUMTAZ salah satu antara Anatomy atau PHYSIOLOGY, dan MUMTAZ dalam dua subjek berikut,Biochemistry dan Histology..

situasinya, A dan B mendapat mumtaz bagi subjek-subjek berikut dengan markah yang sama( hehe, maaf sekiranya ini tidak rasional..sekadar gambaran):
1) Histology
2)Biochemistry
dan mereka berdua telah mendapat JAYYIDJIDDAN bagi subjek PHYSIOLOGY
apa yang membezakan mereka sekarang ini ialah Anatomy yang mana perbezaan markah mereka berdua cuma satu markah...

apabila natijah Imtihan dikeluarkan,si A berada dikalangan pelajar Mumtaz dalam senarai nama pertama..manakala si B, merasa inferior, kerana perbezaan satu markah itu meletakkan dia di senarai nama kedua... macam mana?

Nampak kan bezanya? ..sekadar berkongsi dengan kalian perkara yang membina di musim peperiksaan ni..

Contoh-contoh diatas bukanlah datanganya dari tazkirah cik bent4mrun secara tepat, saja saya yang tolak tambah ...(.so, cik bent4mrun ...laataghdhob..asyan nisiituhaa)

Hmm..harapan pada diri sendiri cukup tinggi, moga- moga ALLAH memberikan kekuatan untuk mengeluarkan juhud untuk mencapai 100%...untuk mencapai MUMTAZ..kerana,Islam sememangnya,dan pasti CEMERLANG...macam mana?..lihatlah pada umatnya..inshaALLAH, jika tidak sekarang, yakinlah janji ALLAH yang pasti...INSHAALLAH..ISLAM akan menang..Islam pasti cemerlang...itu hak agama pada kita untuk kita tunaikan sebagai seorang umat...
Maaf, perumpamaan di atas itu, sememangnya daripada neraca dunia..sesungguhnya, NERACA ALLAH ITU LEBIH TINGGI...moga setiap usaha yang ingih dikeluarkan, adalah untuk hadaf kita yang satu= JANNAH ALLAH...Moga ALLAH redha....


p/s: untuk my beloved akhawat AIN JALUT. ..exam hari ni kan?,,do the best..RABBUNA YUSAHHIL..BITTAUFIQ WANNAJAH>> semoga redha ALLAH sentiasa bersama kalian...UHIBBUKUNNA FILLAH..::))

Wednesday, 19 May 2010

ITU ORANG, MALAIKAT DOAKAN ..




Bismillahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah....hidup lagi hari ini ... berpeluang menikmati nikmat oksigen yang dipinjamkan Allah kepada kita...apakah point utama Allah meminjamkan nikmatnya yang itu?

Yang mengerti akan menuju jalanNYa..memandu hati mengikut aakal yang sihat...kuncinya satu, Al-Quran dan as-sunnah...dan dia tsabat atas jalan itu kerana satu janji yang ingin dituntut dari Pencipta.., Jannatullah...

Yang tidak mengerti kekal dengan dunia ciptaan sendiri....rekaan minda semata-mata..senjatanya nafsu..akibatnya,hati dihujani tompok-tompok hitam.. yang mana tusukannya meninggalkan kesan pada permukaan hati itu...apabila disimbah taubat, InshaAllah, kan hilang...namun, kesan lama tetap disitu..

Mari berkongsi tazkirah bersama beyt Ain Jalut hari ini......
Golongan yang malaikat mendoakan mereka..::
1) tidur dalam keadaan bersuci
2) org yang tunggu waktu solat
3) orang yg solat di saf depan
4) orang yang menyambung saf solat
5)selapas imam aminkan fatihah
6) orang yang duduk di tempat solat slps solat
7) orang yang solat subuh dan asar berjemaah
8) org yang mendoakan saudara tanpa pengetahuan saudaranya itu
9) org yang menginfaqkan hartanya ke jalan Allah
10)orang yang sedang makan sahur
11)orang yang melawat orang sakit

Tuesday, 11 May 2010

Alhamdulillah wa astarghfighullah 'ala kulli haal wanni'mah..


semoga kelahiranmu menyubur dakwah


Bismillahirrahmaanirrahiim...

1)Alhamdulillah...kelahiran mujahid baru disambut dengan penuh kesyukuran....semoga perjalanan kehidupannya kan sentiasa menyusuri jalan dakwah ilallah, dengan di bajai tarbiyyah dari ibu bapa tercinta...semoga mewarisi kehebatan ibu bapanya di jalan dakwah...semoga sentiasa kehidupannya di selubungi rahmat Allah...semoga kelahiranmu merupakan rahmat dari Allah untuk penambah gerak kerja dakwah ini..Aminn Ya Rabb...Tahniah kepada ukhti Fatimah Zaharah Rosli dan Ust Salman Al-Farisi atas kelahiran mujahid ini...

2)Semalam, perkara yang penting dan sentiasa diingatkan, berulang kembali ,tetapi sebagai satu peristiwa yang agak menyesalkan saya....Demi Allah, saya kesal dengan diri ini...akibat kelalaian saya, saya menyusahkan ukhti saya....Rasulullah tak ajar kita supaya menyusahkan orang lain..bahkan Allah akan memudahkan urusan kita kiranya kita memudahkan urusan orang lain... MA dan Abah pun selalu pesan, buat kerja betul-betul, bersungguh-sungguh, jangan sampai kita menyusahkan orang lain...Ya Allah, moga Engkau tidak menyukarkan timbangan amalku kelak...kesian ukhti, terpaksa bersusah payah untuk assignment satu kumpulan... teguran yang diberikan oleh seorang lagi ukhti semalam amat bermakna..semoga Allah mengiranya sebagai pemberat mizanmu di akhirat...semoga Allah merahmatimu,..semoga Allah memudahkan urusanmu kerana memudahkan urusan kami di dunia ini... Ahabbakillah..

Semoga Allah memudahkan urusan semua umat Islam..Allahu ma'ana..

Saturday, 8 May 2010

ud'uuni binnajah...

Bismillahirrahmaaanirrahiim...

Berikut adalah jadual practical examination bagi semua subjek tahun dua...mohon doa dari akhawat semua..doakan kita semua berjaya cemerlang...Mumtaz untuk Islam..Amin Ya Rabb...

15/5: Physiology
27/5: Anatomy
30/5: Biochemistry
1/6 : Histology

"تفوقي طاعة لربي "

Wednesday, 5 May 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Hidup mulia, mati syahid...


Hari ini, hari terakhir kuliah untuk minggu ni,,..bermulalah perjalanan cuti hujung minggu kami.. moga Allah redhai masa-masa kami dan pandu kami dalam setiap amal kami...Aminn yaa Rabb...

" yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa,Maha Pengampun"...Al-Mulk, ayat 2...

Berdasarkan tafsiran ayat diatas, Allah menjadikan hidup dan mati itu, adalah satu ujian untuk menguji kita yang diciptakan sebagai khalifah di atas muka bumi ini, siapakan yang paling baik amalannya,... dan, kita sebagai makhluk ciptaan yang Allah ciptakan dengan kelebihan akal, adakah kita pernah berfikir, sejak keluarnya kita dari perut ibu, ..sehingga menapaknya kita di atas muka bumi ini berbekalkan oksigen sehingga saat ini,.. detik ini..apakah amalan kita yang terbaik yang pernah kita lakukan?

..cuba kita tapis satu-persatu amalan kita, sehingga kita sampai pada satu amalan yang tiada cacat celanya, bersih dari riak, subur dengan baja ikhlas lillahi ta'ala....wujudkah amalan itu?
Wujudkah?...semoga-moga,,ada..semoga-moga, akan terus membiak amalan sebegitu..amalan yang bajanya, matlamat mencapai redha Allah...amal yang air siramannya, faham, ikhlas,dan cinta akan Jannatullah....yang akan sentiasa membawa kita kembali kepada yang Mencipta....Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu....yang memandu kita untuk beramal dengan hidayah -Nya, tapi tetap dengan janji-Nya akan membalas kebaikan itu dengan syurga..yang tetap dengan pengampunan-Nya keatas hamba yang berdosa lalu bertaubat...Yang segala-galanya bersandar pada-Nya..Allahu Rabbi....

Moga hidup yang kita lalui ini.kita lalui dengan hidup yang MULIA..dan moga kematian yang akan datang menjemput nanti, adalah MATI SYAHID...




Tuesday, 4 May 2010

PUTUS FIUS KE?



Bismillahirrahmaanirrahiim..

Agak lama tak update blog ni...sebenarnya, dah hampir 3 minggu internet meninggalkan Ain Jalut...susah, bila tak ada internet...nak contact ma dan abah kat Malaysia pun susah..
"Kenapa Along dah lama tak call Abah?
" Hehe..sori Abah, internet kat rumah Along problem sket "
" Along call Abah guna ape ni?"
" Guna line etisalat, line sini"
" Haha,, tak pe la abis banyak kredit call Abah, sekali sekala kan?tak repair ke internet tu?"
" tu la, dah banyak kali housemate call syarikat internet tu. tapi , no effects!!"
" haha, takpe la tu.."

Tapi, rupanya, bukan masaalah dengan syarikat internet tu, tapi masaalah dengan wire telefon rumah kita orang...3 minggu saya asyik salahkan syarikat tersebut, padahal, sendiri punya masaalah..walaubagaimanapun, banyak hikmah internet 'lari" ni...ahli Beit Ain JAlut dapat tumpukan sepenuh perhatian pada assasement yang berjalan sepanjang tiga minggu tersebut..Alhamdulillah...

Sekarang dah masuk bulan 5,exam practical pun akan bermula tidak lama lagi...semoga Allah memudahkan urusan saya, semoga Allah memudahkan urusan akhawat semua dan seterusnya semoga Allah mudahkan seluruh urusan semua umat Islam..Rabbuna Yusahhil...

Wednesday, 10 March 2010

SELAMAT HARI LAHIR YA HABIBATI..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

siapa dah baca entry sayonara jahiliyah yang terbaru?saya!!!..dan saya tegerak hati untuk membicarakan hal yang agak sinonim dengan perkara tersebut..saya ingin membicarakan tentang CINTA...sinonimkah perkara ini dengan entry beliau?Hmm...bolehla...tapi,I do really want to express my love to someone right now...because, the truth is, ..saya tak pandai nak cakap dan gambarkan perasaan cinta saya pada "dia"...haa..dan saya ingin sahabat teka, siapakah gerangan si dia yang saya cinta???..

hampir setiap kata-katanya , akan membakar hamasah saya...dialah tempat saya mengadu setelah DIA yang satu...dialah yang setia mendengar setiap kalam bicara dan celoteh saya..walaupun kata-kata saya menguris hatinya, namun sentiasa saja dia bersabar..sentiasa saja dia memaafkan walaupun saya ego untuk memohon kemaafan daripadanya...dia berjuang bermati-matian di medannya, menanggung kesakitan bertarung maut semata-mata untuk masa depan saya...masyaAllah, dalamnya cinta si dia kepada saya...dan saya tahu, tidak rugi saya mencintainya, menyayanginya kerana Allah telah berfirman

" Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu-bapa mereka..Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam usia 2 tahun,,Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang tuamu.Hanya kepada Aku kembalimu"...

masyaAllah, Allah ceritakan pasal kekasih saya dalam Al-Quran..That's what make me love her...and,semoga Allah sentiasa kekalkan rasa cinta saya pada Ma sampai syurga..semoga Allah izinkan saya berpimpin tangan dengan Ma ke syurga kelak...Aminn Ya Rabb..Haa..sekarang anda dah tahu siapa kekasih saya..dialah diantara orang yang paling saya sayang...kalau Nabi tunjukkan rasa sayang Baginda pada Halimatussa'diah, walaupun beliau hanyalah ibu susu Baginda, maka, saya pun ingin mengikut jejak langkah Baginda dengan menyayangi Ma sepenuh hati saya... saya tidak tahu mampukah sayang saya menandingi sayangnya dia pada saya?..Hmm..tapi apabila kita menyalurkan cinta kita pada tempat yang betul, kita tidak akan rasa sangsi dengan redha Allah..semoga kasih sayang saya pada Ma akan menjadi satu bukti untuk saya berhadapan dengan Allah kelak, untuk memohon redhaNYA....

...sebenarnya, hari ini adalah ulang tahun kelahiran Ma yang ke 40..Selamat Hari Lahir Ma.. semoga setiap hari-hari MA yang akan mendatang sentiasa, setiap saat bersama redha Allah..
...berada berjauhan dengan Ma kadang -kala amat menguji kekuatan iman...sentiasa saja rindu dan teringat akan Ma yang berada jauh di Malaysia...selalunya kalau dah teringat tu, susah nak tumpu pada study...selalu risau pada perkara yang bukan-bukan ..Alhamdulillah, kemudahan telekomunikasi amat membantu...selalu saja saya telefon Ma..hihi..saya harap Ma pun tak bosan mendengar suara saya..kenapa saya selalu call? sebab setiap kata-katanya adalah kata2 taujihat bagi saya..seperti kata-kata Imam HAssan Al-Banna kepada para syabaab yang sentiasa membakar hamasah..setiap kali berhubung dengan Ma , saya takkan mampu untuk sembunyikan perkara yang membutukan fikiran saya..selalu saja saya menangis setiap kali saya call Ma. .tiada niat saya untuk mengadu kesusahan saya dan merisaukan Ma, tapi naluri seorang IBU itu sangat kuat..seperti 'sensor'..selalu saja Ma dapat detect ada perkara yang tidak kena...biarlah apa orang kata, saya anak manja atau sebagainya,saya tak kisah...kalau saya rindu padanya, saya akan menangis, saya akan call,mesej dan yang utama saya panjatkan doa kepada Allah agar sentiasa meredhai Ma....apabila berada jauh, saya bimbang kiranya Allah menentukan saya tak dapat jumpa Ma lagi..namun, kata2 Ma..

" ingat, along jauh daripada Ma dan keluarga tu adalah satu jihad..Niat lillahita'ala..biar sentiasa menuju redha Allah,,,setiap perkara hanyalah kepada-Nya..kuatkan pergantungan pada Allah..Dia sentiasa bersama kita"...

kata-kata Ma ini menyebabkan saya selalu berfikir panjang..kalaulah ditakdirkan saya mati disini, moga itu satu jihad di jalan Allah.dan kalau benar itu jihad, maka saham terbesar akan menjadi milik Ma kerana kata-katanya yang membakar hamasah juang ....hmm..kalau ditanyakan siapakah disebalik perjuangan saya, saya katakan Ma..kemudian Abah..pembakar semangat juangku..kalam mereka sentiasa membawa aku menilai semula erti hidup di dunia ini untuk mendamba Redha Allah dan syafaat Rasul-Nya...Ya Allah, besar nikmat kedua ibu bapa yang Kau berikan padaku..bantu aku untuk mempamerkan rasa syukurku atas nikmatMu, Ya Rabb ( sesungguhnya Allah suka melihat bekas/kesan nikmat-Nya pada hambanya) ...semoga cinta dan kasih sayang saya pada Ma adalah semata-mata mendamba kasih dan cinta Allah..


بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..



Ya Allah, tetapkanlah hatiku, hati kedua ibubapaku ,hati saudara-saudaraku dalam jalan menuju RedhaMu..Innallahama'anaa..