Thursday 25 February 2010

three things

Bismillahirrahmaanirrahiim...

1)Sebenarnya hari ini berlangsungnya satu program di ARMA yang dianjurkan oleh ISMA MESIR...

"wamakaruu wamakarallah, wallahu khoirulmaakiriin.."

hmm..memang kita merancang, tapi Allah yang menentukan ..Allah sebaik-baik perancang...sebenarnya, saya sememangnya bercadang untuk menghadiri program tersebut malam ini,tetapi, terhalang dek hujan lebat dan petir kat luar sana..memang tak ada rezeki saya untuk menghadiri program tersebut..actually, program tersebut diadakan bersempena Maulidurrasul pada esok hari...

"Allahhummasolli'alasayyidinaMuhammad"

Program tersebut bertajuk" HAKIKAT SYIAH..SATU PENELITIAN ILMIAH BERDASARKAN SEJARAH ISLAM.." .penyampainya adalah seorang pensyarah di fakulti Usuluddin di Universiti Al-Azhar..namanya Al-Fadhil Ustaz Doktor Mahmud Hussein, professor di Jabatan Akidah dan Falsafah..pembentangan akan dilakukan dalam bahasa Arab beserta terjemahan bahasa inggeris di skrin..hmm..sebenarnya kalau nak dikira, this is the best chance for me as a medical student, yang tak belajar langsung tentang syiah kat kuliah, untuk gain my understanding about it...all of my housemates pun tak dapat pergi jugak...so, tak dapatlah kami nak menampung kekurangan sesama sendiri tentang perkara ni..However, I do hope akan diadakan lagi program macam ni...memang tak berani nak keluar rumah hujan-hujan macam ni..dah la sekarang musim demam dan selsema...kat luar pulak sejuk..memang kami tak berani...takut juga memudaratkan diri sendiri..Ya Allah, moga sekecil-kecil amal kami iaitu dengan berniat untuk ke program tersebut, Kau terimalah amal kami ya Allah.." Amiin Ya Rabb..


2)Esok maulid nabi,..Nabi kita Muhammad S.a.w....baginda adalah kekasih Allah yang kehidupannya adalah sebagai seorang anak yatim...tiada ibu bapa untuk mengadu rasa hati melainkan hanya kepada Allah yang satu...hikmahnya Allah menjadikan kekasihnNya itu seorang yatim piatu agar juhudnya dalam meletakkan kalimatullah di tempat yang tertinggi
merupakan satu pergantungan yang tinggi kepada Allah..hanya kepada Allah...

"Dialah Pelindungmu..Dialah sebaik-baik pelindung".


Sedarkah kita bahawa sebenarnya dengan pertaruhan hidup baginda sebagai seorang utusan Allah, kita dapat menikmati, mengecapi nikmat hidup sebagai seorang Islam hari ini..Masyaallah...tak terkata betapa besarnya pengorbanan Baginda s.a.w....ingatkah kita tentang peristiwa di Thaif???....dengan kesungguhan yang tinggi,baginda pergi ke Thaif untuk menyampaikan Islam kepada para penduduknya...namun, cacian , maki hamun dan kecederaan akibat lontaran batu yang menjadi 'hadiah' dari Thaif...kerna kasih Baginda, doa semoga penduduk Thaif diberikan hidayah oleh Allah, dimakbulkan..lihat Thaif sekarang...merupakan antara salah satu tempat berkembangnya Islam...inilah nikmat yang kita dapat setelah penat lelah Rasulullah dan para sahabat menyebarkan syiar Islam..hanya kerana kita bukan berada di zaman mereka, tidak bermakna kita tidak ditaklifkan dengan tugas yang sama..semoga kita menjadi dikalangan mereka yang berjalan di atas jejak2 Rasul kita..Aminn Ya Rabb..dan jelas dalam waqi' kita sekarang sebagai seorang pelajar, tidak boleh tidak kita kena bersungguh-sungguh dalam bidang kita..perform the best in study will help us to interact with ummah, as the best performer will always be seen by the people ...jika kita mampu cemerlang, orang akan mudah untuk mendekati kita dan percaya kepada kita.. dan semoga ini merupakan peluang kita untuk meningkatkan amalan kita di sisi Allah...semoga juhud yang kita keluarkan untuk menuntut ilmu akan dibayar dengan rahmat dan syurga Allah kelak..semoga kita dapat bersama menatap wajah kekasih kita, Rasulullah di syurga kelak...semoga kita tak mengabaikan janji2 Allah kepada hambaNya yang bersungguh -sungguh dengan kelalaian kita pada hari ini...


3)sebenarnya, ada seorang lagi habibi yang akan meningkat ke usia yang lebih matang pada tanggal 26/2...so, saya mengambil kesempatan lah untuk berkongsi sedikit tentang orang yang saya sayang ini..semoga ulang tahun kelahirannya ini akan menambahkan lagi rahmat Allah dalam hidupnya dunia akhirat...dialah antara insan yang bisa saya gelarkan sebagai Murabbi..teringat satu perbualan saya dan beliau..saja beliau menceritakan kepada saya tentang kasihnya seorang ayah kepada seorang anaknya.. cerita yang saya sendiri pun tidak ingat..

" Along dulu masa kecik, demam asyik nangis...tak boleh nak tidur..abah kesian, so abah dukungla..baru boleh tidur..bila abah dukung baru boleh senyap...tidur atas dukungan abah.."....

mungkin 'adi bagi semua ayah menjaga anaknya..tapi saya tak boleh tahan apabila abah tak tidur malam jaga saya yang demam..tak semua ayah boleh melakukan perkara yang sama sebab selalunya perkara tersebut dilakukan oleh seorang ibu...saya arif tentang keadaan keluarga ketika saya masih kecil..ma pernah menceritakan tentang perkara tersebut kepada saya, supaya dapat dijadikan pedoman hidup...dulu,abah kerja kat pasar...gaji abah masa tu tak sampai seribu...kerja kat pasar memang memenatkan..tapi, abah sanggup jaga malam supaya aku dapat tidur...

Pernah suatu hari aku mengomel sedikit kerna adikku tak pandai nak bersihkan hidung, buang hingus,,asyik sedut saja..
tiba- tiba abah berkata " Along mase kecik dulu pun tak pandai jugak buang hingus...abah kesian, tengok macam susah nak bernafas, so, abah sedutla.."
...aku berkata"oo..pakai pam yang kecik tu ke? ".....
abah menjawab selamba" mana ada. ..abah sedut dengan mulut la..kesian, tengok along tak pandai buang hingus.."..Gulp!!!...aku terkejut..pakai mulut abah?..air mata aku nak meleleh kat situ jugak tapi aku tahan...Ya Allah...aku terkedu...ABAH...

Tapi,I'm bad...sebab memang tak pandai nak tunjukkkan kasih sayang ...kalau buat salah kat ma dan abah pun tak pandai sangat nak mintak maaf..nangis je la kerjanya..
..waa..very bad..dahla antara my siblings, saya memang sentiasa berjauhan dengan keluarga..nak express sayang kat family pun tak pandai...terutamanya dengan Abah...kalau call Ma, i can say "I love U"...tapi kalau call Abah, susah nak cakap" Along sayang Abah.."..however, I know, Abah tahu yang saya amat sayang Abah...Sorry Abah,your daughter is very bad ...tak pandai nak cakap "Along sayang Abah"...but insyaallah,I will learn it by time..Insyaallah..

Berbalik pasal Abah, Abah ni anak sulong of eight siblings...like me..(but me, 1/5)..Abah kukira seorang yang nampak tegas luarannya, tapi seorang yang agak kelakar sebenarnya...one thing that I always learn from abah is when we are doing something, be precise..kalau nak buat sesuatu, buat perancangan elok-elok and buat kerja mesti kemas..antara yang pernah saya ditegur oleh Abah ialah, packing barang tak cermat..semasa tinggal diasrama dulu, pernah saya tertinggal beg sekolah di rumah yang terletak lebih kurang 3 jam perjalanan dari sekolah..akibatnya, Abah terpaksa bersusah payah hantar beg sekolah saya pada keesokkan harinya dengan ditemani penat yang tak hilang lagi sejak semalamnya...Very bad...dah la duduk jauh, tapi saya dah banyak kali menyusahkan Abah...Abah , Along mintak maaf banyak-banyak..

For my beloved Abah, selamat Hari Lahir yang ke 44..Semoga Abah sentiasa mendapat rahmat Allah didunia dan akhirat...semoga kita sekeluarga dapat masuk Jannah sama-sama..semua yang Abah pesan, Insyaallah, Along tak lupakan ..Along sayang Abah..

Saturday 20 February 2010

shita' 2010

Salam..

sepanjang tempoh yang bermula dari my last entry sehingga sekarang, sebanarnya banyak perkara yang berlaku dan hampir setiap satunya memberikan impak-impak yang tersendiri kepada diri saya... dan sebenarnya, saya kira ada bagusnya jika saya dapat berkongsi dengan kawan -kawan..listnya..(not all)

1)pada tanggal 15/2/2010....telah berlangsungnya pernikahan dua pasangan mempelai di Masjid Salam, Hayyu 'Asyier...salah seorang daripadanya adalah ahli beit saya...yang merupakan seorang ukhti yang kehadirannya sebagai sahabat dalam hidup adalah antara penyumbang terbesar untuk saya mengenal erti tarbiyyah..

BARAKALLAHHULAKUMA WABARAKA 'ALAIKUMA WAJAMA'A BAINAKUMA FI KHOIR..

hmm..memang tak dinafikan ada rasa sedih disebalik kegembiraan dengan perkahwinan tersebut..yelah...banyak ilmu dan pengalaman serta tarbiyyah yang kami, ahli beit Ain Jalut belajar dari Kak Rai.. walaupun dah hilang seorang ahli beit Ain Jalut, insyaAllah, perjuangan tetap kena teruskan..mungkin saya tak sedar yang sebenarnya, kitaorang mungkin dah mampu nak mentarbiyyah diri sendiri walaupun tak ada bimbingan mubasyarah dari Kak Rai..InsyaAllah...caiyok2..Ain Jalut BOLEH...(hhmmm, kakaktua kan ade!!!)

( hehe, Kak Rai, sebenarnya kite rindu nak cakap2 and borak2 lagi ngan Kak Rai....jazakillah,sebab sudi tinggal ngan kami yang agak kurang matured ni...walaupun sekejap je..banyak sangat yang kite belajar dari Kak Rai..doakan kitaorang terus tsabat ....)

2) 18 ngan 19/2/2010...I had joined the Seminar Perubatan kali ke 3 yang diadakan di Cairo University ...frankly, Cairo university lagi besar dan agak cantik berbanding Ain Shams university..pernah saya dengar orang cakap, Ain Shams dulu macam Rumah Hantu...waaa...tak dapat nak bayang..
memang kalau tengok mabna' adim, memang tak macam rupa university..memang jauh nak dibandingkan dengan Malaysia...padanlah kalau orang Arab selalu bertanya pada saya bila saya kata belajar kat Mesir bagus, mereka macam tak dapat terima alasan tersebut..walaubagaimanapun...Wallahi, bersyukur sangat dapat datang belajar kat Mesir ni..semoga 6 tahun setengah ni , saya dapat manfaatkan dengan sebaik mungkin..Aminn, Yaa Rabb..

Berbalik kepada seminar tersebut, mamang banyak manfaat yang diperoleh..Alhamdulillah, berbaloi 2 hari yang dihabiskan di sana..
" SAHSIAH MAHASISWA PERUBATAN MUSLIM KE ARAH PROFESIONALISME"

Inilah isu utama yang dibangkitkan untuk seminar pada kali ini..berikutan isu yang dibangkitkan , sebanyak 5 kertas kerja yang telah dibentangkan pada kali ini:
1) Sahsiah Mahasiswa Perubatan Muslim
2) Kearah Mahasiswa Perubatan Muslim Seimbang ;Antara tidak Peduli dan Ekstremisme
3) Preparing the Muslim Doctors Frontlines;Volunteerisme
4)Medicine and Life, Career and Social Guidance
5)Mahasiswa Perubatan Mesir , Identiti, Isu dan Cabaran ke Arah Profesionalisme

Antara sedar atau tidak, sebenarnya, hukum bagi pelajar perubatan yang muslim adalah wajib untuk menguasai atau fakih dalam bidang perubatan ini..
Untungnya hidup yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita as medical students.. why???kerana ianya merupakan satu peluang yang diberikan untuk kita supaya dapat menambahkan amalan kita..kepercayaan yang diberikan oleh para pesakit kepada seorang doktor merupakan satu nikmat Allah yang amat besar...hanya dengan kepercayaan , seorang doktor mampu membuat pesakitnya patuh padanya,..alangkah bagusnya sekiranya kepercayaan itu juga turut dimanfaatkan untuk menarik lebih ramai orang untuk kembali ke jalan Allah...tidak semua orang mampu melakukan perkara sebegini....hanya hamba yang rapat hubungannya dengan Allah, yang hadafnya dalam hidup itu jelas untuk beramal kerana Allah..yang mempunyai kefahaman dan fikrah yang jelas mampu untuk melakukan perkara tersebut..Allah tidak mengurniakan nikmat ini untuk orang kafir...yang turut menjawat jawatan yang sama sebagai doktor, dan membuat kebajikan ,namun,segalanya sia-sia kerana sesungguhnya amalan orang kafir itu tidak diterima Allah.. Subhanallah..besarnya nikmat hidup sebagai doktor muslim..

3) pada tanggal 19/2/2010....HARWANIS....anjuran wanita Isma Mesir dengan kerjasama dari pihak perwakilan...hmm..photos, tak sempat saya uploadkan untuk tatapan sahabat...Insyaallah, lain kali kalau sempat, I'll show them.. mungkin tak banyak yang saya dapat ceritakan namun , kerja disebalik tabir lebih memberi kesan kepada saya..

Ni'ma ajrul'amiliin..

tahniah kepada semua akhawat yang terlibat...sikap akhawat yang bertolak ansur dan itqan dalam pekerjaan memang mengundang rasa ta'jub....semoga segala amalan diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran...




Thursday 11 February 2010

Salam...

hmm...tugasan untuk program nie x selesai lg...waa..cmne nih? esok dh nak start program..
hehe...walaubagaimanapun, sebenarnye, ade banyak perkara yg berlaku hari ni..and, setiap sesuatu tu ada hikmahnya..
1) pg tadi, I was suprised..sbb, kak sarah telah pulang ke rumah setelah sekian lame x dapat dijejaki..(hehe..kakaktua pulang ke sarang..)~errkk.., kak sarah, betul ke?~
2) sy ngan ahli beit (ain Jalut) telah menghadiri satu jamuan meraikan perkahwinan ukhti Susilawati yang telah berlangsung Disember thn lepas..
* yang best nye,, dapat banyak nasihat dari ukhti yang sorang nie..ye la..jauh datang dari Singapore...so, kne la dengar betul2 segala nasihat dan tunjuk ajar...
* semoga beit muslim yang dibina berkekalan hingga ke syurga dan mencapai hadaf yang utama...
3) Then, kte org pegi maarod kitaab...Kak Sarah dah sorong luggage dari rumah, nak bawak Tafsir Zilal...me, kne cari buku yang atuk Kak Rai pesan= Hayaatul hayawaan kubraaa...(penat keliling kawasan buku secondhand...rupenye , kat Darussalam..,Alhamdulillah, dapat jugak cari..)..Hmm, tp, buku yang ustaz kirim, x sempat nak beli sebab dh maghrib...asifah ya ustaz...sy x sempat nak cari....
4)Sabar ye kak Sarah...Insyaallah, kalau ada rezeki akak, mesti dapat balik...x pun, Allah nak ganti yang lebih baik kot utk akak..( Handset kak sarah hilang mase kat maarod...agknya kne curi..Wallahua'lam)...however, semoga Allah mudahkan urusan akak,,,,Rabbuna yusahhil..

hmm..tu la antaranya...tengah syok tulis post ni,tengok orang sebelah semua dah tidur..but, I still have some work to do..so, x boleh tidur lagi...hehe...sape suruh buat kerja last minute? haha..kan dah susah...however..semoga Allah mempermudahkan urusan ...Aminn..

'Rabbishrahli sodri, wayassirli amri, wahlul'ukdatan min lisaani, yafqahuuqauli.."

Tuesday 9 February 2010

THAT's REALITY...

Saya tahu, tak ramai yang mampu. Setengah juzuk Al-Quran hanya memerlukan kira-kira 30 minit untuk membacanya. 30 minit terasa seperti 30 jam apabila orang-orang yang berhati kotor membaca Al-Quran. Tetapi kita dengan mudah mampu melayari Friendster sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Aneh bukan? Mungkin ini ada kaitannya dengan teori relativiti yang dikemukakan oleh Albert Einstein. Satu petikan kata-katanya untuk menjelaskan teori relativiti yang kompleks ke dalam bahasa yang mudah:

"Put your hand on a hot stove for a minute, and it seems like an hour. Sit with a pretty girl for an hour, and it seems like a minute. That's reality."

Agaknya pada hari ini, tidak salah kalau saya mengatakan bahawa umat Islam, tanpa mereka sedari telah memiliki satu rumus paradigma: hot stove = Al-Quran, dan pretty girl = Friendster.

Sebenarnya, petikan di atas saya ambil dr blog seorg akh..akh, syukran banyak2..semoga renungan ini akn mnjadi iktibar buat diri sy n sohabiah sekalian..
Mari kita renungkan sama2 petikan tersebut...hmm.. I think,mksud pretty girl tue boleh je disinonimkan dengan dengan perkara yang sewaktu dengan friendster, like.. facebook..even, blog skalipun....mmg x dinafikan...That's the reality...klu dah duduk depan laptop, mmg dh x sedar brape banyak mase kita dh "BURN"...semuanya rase macam sekejap je..worst,..kalau dh duduk depan Quran, x sampai 5 minutes pun kadang2 dh lentok...susah nak tumpu..and, mcm2 lg..segala yang di hafaz pun macam susah nak lekat kat otak..
Teringat satu hadith yang bermaksud..:

"Ilmu itu cahaya Allah .. dan cahaya Allah x kan masuk ke hati orang yang melakukan maksiat"
Hmm...mmg x dinafikan langsung, kalau dah bukak facebook ke, friendster ke..mmg dah susah nak tumpu pada perkara lain..banyak je perkara yang nak di explore..even kawan kat sebelah pun mungkin x dilayan...hmm..banyak perkara yang rugi..1) masa..2) pahala..3) kdg2 boleh rosakkan ukhuwwah dengan org sebelah..yel la..khusyuk sgt smpai kawan panggil pun x dengar.....so,mesti berpada-pada. supaya semua perkara yang dilakukakan itu kena pada tempatnya..kena pada masanya..

Kan dalam 10 muwasofat ade membincangkan ,mukmin yang Hariithun 'ala waqtihi sentiasa tahu + yakin "setiap sesuatu tue ade masanya"...so, perancangan itu penting.....supaya, leisure time can be spend wisely..

"Who fails to plan, he plans to fail.."

.. Dlm "Ala Khutol HAbib pun ade mnceritakan tentang Rasulullah S.A.W yang amat mengambil berat tentang 'takhtit'(= plan) dalam melancarkan pergerakan dan perjalanan dakwah.....

so, what I need to do???
1) START TO ARRANGE MY TIME WISELY
2)MAKE IT FLEXIBLE, AS MY LIFE NOT ONLY FOR MYSELF, BUT ALSO FOR OTHERS..

Rabbuna Yusahhil..Aminn..

Monday 8 February 2010

TIME....LIFE....

Today is my first entry...and it's about TIME..leiihh???

Kerana saya adalah diantara TIME KILLER!!! and at the same time, I'd killed my life..but,Alhamdulillah, Allah tunjukkan peringatan untuk hamba-Nya yang hina ini ..smoga peringatan yang diberi dapat kita kongsikan bersama..mari kita renung2kan bersama.....

firman Allah.S.W.T:
"Demi masa...Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian ...Kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh...serta berpesan -pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran"_surah Al-'asr

open the Quran, and you will see many surah tell us about TIME..yet, still we forget about it..

Imam Syahid HASAN AL-BANNA berkata:

"masa adalah kehidupan"

kehidupan adalah antara semalam, esok dan hari ini..
sangat pendek..and..even kite pun x tau ble penghujungnya..tp kuasa ALLAH yang menciptakan itu membatasi segalanya...
Dia mengaturkan segala urusan dalam kehidupan kita...but, at the same time,He give us opportunities to make choices...ALLAH menunjukkan segalanya,and we make the decision...

satu dr 10 muwasofat membicarakan tentang "HARIITHUN 'ALA WAQTIHI"bagaimana nak jadi seorg yang "hariithun 'ala waqtihi"?

HARIITHUN: sgt2 menjaga waktu..
mukmin yg HARIITHUN 'ALA WAQTIHI akan sentiasa bersegera untuk kebaikan,mnjg setiap detik waktu agar x berlalu dengan sia-sia, sentiasa mengambil pengajaran dari perkara lepas, menyusun waktu dengan baik,...bagi mereka, setiap sesuatu ada waktunya...

sesunggguhnya, masa lampau itu amat jauh dengan kamu, dan sesungguhnya, mati itu amat dekat dengan kamu..

imagine, ALLAH s.a.w will ask us every single time we had passed..4 soalan yang ditanya:
kemana kamu gunakan
1)hidupmu
2) masa mudamu
3)hartamu
4)ilmumu

see...soal masa amat ditekankan oleh Islam..antara 4 soalan di atas, 2 drpdnya adalah tentang masa..
IHAB: "Bantulah orang lain agar mereka memanfaatkan masa mereka, jika kamu mempunyai urusan peribadi, lakukanlah dengan ringkas,...."
semoga Allah mempermudahkan urusan kita di akhirat...

Friday 5 February 2010