Saturday 18 December 2010

بسم الله الرحمن الرحيمز

 Perkongsian saya hari ini mungkin pendek sahaja. Sekadar berkongsi serba sedikit tentang tokoh yang saya kagumi.Masih berkisar tentang Hassan Ulubatli. Jatuh cintanya saya pada tokoh yang seorang ini apabila mengetahui tentang pengakhiran hidupnya. Dia menjadi seseorang yang menjalankan tanggungjawab kena pada tempatnya, juga kena  pada zamannya. Penaklukan  Kota Konstantinople menjadi tanda kesyahidan mujahid ini.

Beliau bukanlah tokoh terkenal seperti sultannya, Sultan Muhammad Al-Fateh, namun  apabila Rasulullah mengatakan "..itulah sebaik raja, itulah sebaik tentera...", maka satu kata saya putuskan , dia adalah antara sebaik-baik tentera.

Perkara yang saya dapat kupaskan di sini ialah, pertarbiyyahan yang mantap, mampu melahirkan rijal yang mempunyai kualiti yang tinggi.Hassan Ulubatli adalah antara tentera yang mendapat pentarbiyahan yang baik,jika tidak masakan mereka semua disifatkan "...sebaik-baik tentera...".Hassan Ulubatli, tokoh yang namanya tidak pernah kedengaran jelas meniti dimana-mana bibirpun,karana dia bukanlah sultan yang menawan kota Konstantinople seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.Hadirnya sebagai seorang jundi di situ, kena pada masa dan zamannya.Kerana hadirnya dia disitu, panji Islam tidak jatuh ke tanah.Malah dipacak di tempat tertinggi . Dan syahidnya beliau di situ, sebaik sahaja panji Islam beliau pacakkan.

Maka, pada  saya dia telah membuktikan ini.."...ان صلاتي ونسكيومحياي وماماتي لله رب العاامين.."
Itulah, sifat rijal.Dia mampu berjanji dengan Allah, dan menunaikan  janjinya.
Menjadi jundullah yang berjanji padaNya, dan menunaikan janjinya.

5 comments:

  1. tahniah,masih menyelit-nyelit waktu menulis dicelah2 kesibukan :)

    kelak,di negeri yang kekal sana,layakkah diri ini tersenarai dikalangan tenteranya...?

    ukhti,T__T
    mohon saling mendoakan~~

    ReplyDelete
  2. doakan kite jugak.uhibbukifillah

    ReplyDelete
  3. syukran ye wan..perkongsian yg menarik :)

    ReplyDelete
  4. jazakillah jugak..hadiah buat nadhrah..asif sgt, sbnrnye, mmg x dapat banyak pun maklumat ttg Hassan Ulubatli.

    ReplyDelete
  5. hassan ulubate~moga allah redha dgn beliau,,mr kita menjadi dy

    ReplyDelete